Instagram Photos
Tuesday, June 21, 2016
PROGRAM PERJUMPAAN BERSAMA PENGURUSAN JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
satu program Perjumpaan Bersama Pengurusan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal akan diadakan pada:
TARIKH: 24 JUN 2016
HARI : JUMAAT
TEMPAT : DEWAN PLATINUM
kehadiran diwajibkan kepada semua pelajar JKM . TINDAKAN AKAN DIAMBIL KEPADA TIDAK HADIR ! see you there !
JKM DAY 2016
amacam first day korang ? okay tak ? jumpa lect sem lepas lagi tak ?
okay banyak sangat soalan .
korang mesti ingat kan tentang JKM day semester lepas ..
ada sebab kami remind balik pasal JKM day ni !
korang ingat tak , sebelum program bermula , PA ada bagi korang attendance untuk ditandatangan ?
haaaa .. kalau tiada maksudnya korang tak datang lah tu ... hehehehe,,
ni ada pesanan sikit ..
selepas hari raya aidilfitri , kepada yang tidak menyertai JKM day yang lalu akan dikenakan hukuman daripada ketua jabatan =)
kami masih ada rekod siapa yang tidak hadir =)
denda apa ??? tunggu !
Thursday, June 2, 2016
PENDAFTARAN KURSUS π
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pastinya kebanyakkan student JKM PMM yang sudah bayar yuran pengajian, bukan?
Kali ini kita pergi ke langkah kedua, PENDAFTARAN KURSUS.
seperti yang kalian dimaklumkan, sistem SPMP mempunyai sedikit masalah mengenai pendaftaran kursus, kepada yang lepas, tahniah, kepada yang belum, diingatkan bahawa anda perlu memeriksa SEMULA sesi akademik. Bahawa ada beberapa student JKM yang telah salah daftar.
Sedikit nasihat daripada penasihat kelab MESS
" [03/06 06:18] : sila jgn salah daftar kursus.. lihat pada pendaftaran .. sesi disember 2015 PK.. itu untuk pelajar MP (mengulang penilaian bg semester akhir shj)
[03/06 06:20] : jika ingin daftar kursus PASTIKAN anda pilih sesi JUN 2016.. jika tiada option pilih sesi sila JANGAN daftar
[03/06 06:24] : Implikasi anda daftar salah sesi pengajian adalah pensyarah tidak akan pilih anda sebagai pelajar mereka bg sesi pengajian tersebut dan anda akan AUTOMATICALLY FAIL.. jadi sesi jun 2016 bila awk dafar blk. awk dikira mengulang kursus kali pertama/kedua
[03/06 06:25] : jika yg sudah salah daftar.. sila padam rekod pendaftaran anda... beritahu rakan2 lain"
Antara kesalahan dilakukan telah didaftarkan.
Kepada ahli JKM yang mempunyai kemusykilan. SILA panjangkan soalan kepada wakil kelas anda dan mereka akan panjangkan soalan tersebut kepada kami.
Tuesday, May 24, 2016
MAKLUMAT PEMBAYARAN YURAN (sesi jun 2016)
Salam sayang kepada semua warga politeknik merlimau melaka! Kepada semua pelajar pastinya tidak sabar untuk membayar yuran pengajian semester hadapan (ada yang dah bayar pun, excited sangat)
Di sini, ceritera JKM ada lampirkan cara untuk membayar yuran dan tarikh yang berkenaan untuk pendaftaran kursus. 😊
Kepada yang tiada repeat paper, anda boleh daftar subjek semester hadapan berdasarkan subjek yg tertera pada jadual sem lepas. (boleh tengok kat http://spmp.pmm.edu.my.
Saturday, April 30, 2016
Liga Futsal Politeknik Malaysia
Sekalung tahniah kepada pasukan futsal politeknik merlimau melaka kerana berjaya ke suku akhir liga futsal politeknik malaysia walaupun telah tumpas 3-2 dengan pasukan lawa, jadikan ia semangat untuk menjadi juara pada liga akan datang! Kami, seluruh warga JKM tetap berbangga dengan kalian π Good job!
BELASUNGKAWA π
Assalamualaikum
Adalah Dimaklumkan anak En Rahman (Pensyarah JKM) telah meninggal dunia malam tadi akibat kenser tulang. Sama2 kita sedekahkan Al-fatihah ke atas roh arwah dan berdoa agar ditempatkn di kalangan orang2 yg beriman dan keluarganya tabah menghadapi dugaan.
Friday, April 8, 2016
CSR pengantarabangsaan
Kami mencari pimpinan2 pelajar politeknik yang berkriteriakan seperti berikut;
1- boleh berdikari
2- boleh memahami pertuturan bahasa inggeris
3- positif thinking
4- lelaki dan perempuan
5- senang bersosial
6- berani berkomunikasi dengan orang ramai
7- semester 2-3
Bagi yang berkelayakan akan diberikan taklimat dan INTERVIEW akan diadakan pada
hari : Isnin
Tarikh :11/4/2016
Tempat : Dewan titanium
pukul : 9.30 pagi.
Sila sediakan resume Untuk temuduga nanti.
πΌSila hantarkan nama, ic, no pendaftaran, kelas, dan no hp kepada 0196872563 selewat-lewatnya jam 7.00 malam, hari ahad 10/4/2016.
Semua pembiayaan makan minum serta penginapan disana akan ditanggung sepenuhnya oleh politeknik.
p/s: kepada student JKM yang masih berfikir tentang aktiviti untuk cuti sem dan mempunyai kriteria yang dikehendaki , anda digalakkan untuk menyertai program ini . ini adalah salah satu pengalaman yang menakjubkan kerana ianya sudah dikategorikan dalam peringkat antarabangsa ! SELAMAT MENCUBA DAN SEMOGA BERJAYA !
