Photos

Tuesday, June 21, 2016

PROGRAM PERJUMPAAN BERSAMA PENGURUSAN JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA

satu program Perjumpaan Bersama Pengurusan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal akan diadakan pada:

TARIKH: 24 JUN 2016
HARI : JUMAAT
TEMPAT : DEWAN PLATINUM

kehadiran diwajibkan kepada semua pelajar JKM . TINDAKAN AKAN DIAMBIL KEPADA TIDAK HADIR ! see you there !

JKM DAY 2016

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA !

amacam first day korang ? okay tak ? jumpa lect sem lepas lagi tak ?
okay banyak sangat soalan .

korang mesti ingat kan tentang JKM day semester lepas ..
ada sebab kami remind balik pasal JKM day ni !




korang ingat tak , sebelum program bermula , PA ada bagi korang attendance untuk ditandatangan ?
haaaa .. kalau tiada maksudnya korang tak datang lah tu ... hehehehe,,

ni ada pesanan sikit ..

selepas hari raya aidilfitri , kepada yang tidak menyertai JKM day yang lalu akan dikenakan hukuman daripada ketua jabatan =)

 kami masih ada rekod siapa yang tidak hadir =)

denda apa ??? tunggu !

Thursday, June 2, 2016

PENDAFTARAN KURSUS 😘

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pastinya kebanyakkan student JKM PMM yang sudah bayar yuran pengajian,  bukan? 

Kali ini kita pergi ke langkah kedua,  PENDAFTARAN KURSUS.

seperti yang kalian dimaklumkan, sistem SPMP mempunyai sedikit masalah mengenai pendaftaran kursus,  kepada yang lepas,  tahniah,  kepada yang belum,  diingatkan bahawa anda perlu memeriksa SEMULA sesi akademik.  Bahawa ada beberapa student JKM yang telah salah daftar.

Sedikit nasihat daripada penasihat kelab MESS
"  [03/06 06:18] ‪‬: sila jgn salah daftar kursus.. lihat pada pendaftaran ..  sesi disember 2015 PK.. itu untuk pelajar MP (mengulang penilaian bg semester akhir shj)
[03/06 06:20] ‪: jika ingin daftar kursus PASTIKAN anda pilih sesi JUN 2016.. jika tiada option pilih sesi sila JANGAN daftar
[03/06 06:24] ‪‬: Implikasi anda daftar salah sesi pengajian adalah pensyarah tidak akan pilih anda sebagai pelajar mereka bg sesi pengajian tersebut dan anda akan AUTOMATICALLY FAIL.. jadi sesi jun 2016 bila awk dafar blk. awk dikira mengulang kursus kali pertama/kedua
[03/06 06:25] ‪: jika yg sudah salah daftar..  sila padam rekod pendaftaran anda... beritahu rakan2 lain"

Antara kesalahan dilakukan telah didaftarkan.

Kepada ahli JKM yang mempunyai kemusykilan.  SILA panjangkan soalan kepada wakil kelas anda dan mereka akan panjangkan soalan tersebut kepada kami.

Tuesday, May 24, 2016

MAKLUMAT PEMBAYARAN YURAN (sesi jun 2016)

Salam sayang kepada semua warga politeknik merlimau melaka!  Kepada semua pelajar pastinya tidak sabar untuk membayar yuran pengajian semester hadapan (ada yang dah bayar pun,  excited sangat)

Di sini,  ceritera JKM ada lampirkan cara untuk membayar yuran dan tarikh yang berkenaan untuk pendaftaran kursus.  😊

Kepada yang tiada repeat paper,  anda boleh daftar subjek semester hadapan berdasarkan subjek yg tertera pada jadual sem lepas.  (boleh tengok kat http://spmp.pmm.edu.my. 

Saturday, April 30, 2016

Liga Futsal Politeknik Malaysia

Sekalung tahniah kepada pasukan futsal politeknik  merlimau melaka kerana berjaya ke suku akhir liga futsal politeknik malaysia walaupun telah tumpas 3-2 dengan pasukan lawa,  jadikan ia semangat untuk menjadi juara pada liga akan datang! Kami,  seluruh warga JKM tetap berbangga dengan kalian 😘 Good job!

BELASUNGKAWA 😞

Assalamualaikum
Adalah Dimaklumkan anak En Rahman (Pensyarah JKM) telah meninggal dunia malam tadi akibat kenser tulang. Sama2 kita sedekahkan Al-fatihah ke atas roh arwah dan berdoa agar ditempatkn di kalangan orang2 yg beriman dan keluarganya tabah menghadapi dugaan.

Friday, April 8, 2016

CSR pengantarabangsaan

Sukacita dimaklumkan Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) , PMM serta AIESEC, bekerjasama bagi program CSR pengantarabangsaan ke Combodia, Vietnam dan Indonesia pada 2 Mei sehingga 12 Jun 2016

Kami mencari pimpinan2 pelajar politeknik yang berkriteriakan seperti berikut;
1- boleh berdikari
2- boleh memahami pertuturan bahasa inggeris
3- positif thinking
4- lelaki dan perempuan
5- senang bersosial
6- berani berkomunikasi dengan orang ramai
7- semester 2-3


Bagi yang berkelayakan akan diberikan taklimat dan INTERVIEW akan diadakan pada 
hari : Isnin 
Tarikh :11/4/2016 
Tempat : Dewan titanium 
pukul : 9.30 pagi.

Sila sediakan resume Untuk temuduga nanti.
🏼Sila hantarkan nama, ic, no pendaftaran, kelas, dan no hp kepada 0196872563 selewat-lewatnya jam 7.00 malam, hari ahad 10/4/2016.


Semua pembiayaan makan minum serta penginapan disana akan ditanggung sepenuhnya oleh politeknik.

p/s: kepada student JKM yang masih berfikir tentang aktiviti untuk cuti sem dan mempunyai kriteria yang dikehendaki , anda digalakkan untuk menyertai program ini . ini adalah salah satu pengalaman yang menakjubkan kerana ianya sudah dikategorikan dalam peringkat antarabangsa ! SELAMAT MENCUBA DAN SEMOGA BERJAYA !

Thursday, April 7, 2016

TIPS CUTI SEMESTER !


Assalamualaikum dan salam peperiksaan akhir semester sesi dis 2015 !
pada 15 april 2016 . bermulalah sudah cuti semester bagi semua pelajar politeknik di seluruh malaysia terutamanya pelajar PMM . pastinya ramai pelajar PMM yang masih merancang aktiviti apa yang patut lakukan sepanjang 2 bulan tersebut ! CERITERA JKM akan memberikan tips bagaimana untuk mengisi masa ketika cuti semester =)
  • KERJA SAMBILAN
benda ni memang majoriti daripada pelajar PMM biasa yang lakukan. carilah kerja sambilan untuk mencari pendapatan sampingan agar duit poket untuk semester hadapan tak kempis lagi =) tapi dinasihatkan agar carilah pekerjaan yang kena dengan kursus yang diambil. biar dapat pengalaman dan boleh diisi dalam resume ketika memohon pekerjaan selepas graduasi (selain daripada pengalaman berkerja pada latihan industri )
  • SERTAI KURSUS TAMBAHAN
antara kursus tambahan yang korang boleh ambil adalah kursus Occupational Safety and Health Administration (OSHA) , Kursus membaiki kenderaan , dan lain-lain . kursus ini sangat penting kalau menambahkan kemahiran diri dan meningkatkan kebarangkalian nak dapat pekerjaan . kalau korang nak ambil kursus kahwin pun boleh , takde tarikh luput kan xD
  • AMBIL LESEN 
yang ni sesuai untuk bagi sesapa yang belum lagi sempat ambil lesen sebelum masuk ke PMM yang tercinta ni . jangan jadikan tiada kenderaan sebagai satu alasan untuk tidak mengambil lesen kenderaan  . zaman sekarang ni , lesen adalah satu keperluan bukan kehendak !
  • MELANCONG
aktiviti ni sesuai kepada orang yang berangan yang acah-acah backpackers la , sibuk nak overnight sanasini time study ... and now , its your time dear! korang boleh sekali melancong dengan family korang sekali . time ni lah korang nak spend time together~
  • GATHERING
selepas SPM , pasti korang semua x sempat jumpa classmate korang time sekolah menengah ! sekolah rendah yang comot momot tu tak yah cerita , lagilah ada yg x jumpa langsung . time ni korang mengambil masa untuk gathering dengan classmate dan cikgu-cikgu waktu zaman persekolahan untuk menceritakan tentang pengalaman korang sepanjang di politeknik merlimau melaka !
  • JADI 'MAID' TANPA GAJI
membantu family di rumah adalah salah satu aktiviti untuk mengeratkan silaturahim dan mendapatka pahala free senang senang . kepada sesetengah student yang merasakan diri dia jarang hubungi keluarga ketika berada di poli ni , ini lah masa dia nak ambil hati mereka kembali~
  • MEMBUKA PERNIAGAAN SEMENTARA
memandangkan cuti semester kali ini bertembung dengan 2 minggu puasa, inilah masanya korang buka perniagaan di bazaar ramadhan ke , depan rumah korang ke . kan boleh tambahkan duit poket ni .
  • MELAKUKAN AKTIVITI CSR (CORPORATE SOCIAL COMMUNITY)
korang boleh join CSR dengan cara menyertai 1 Malaysia 4 Youth (1M4U). korang jugak boleh aktiviti-aktiviti CSR yang lain. macam yang dikatakan tadi , cuti semester kali ini bertembung dengan 2 minggu berpuasa . lagi aktiviti CSR yang bakal dijalankan contohnya berkunjung ke rumah anak yatim, masak bubur lambuk utk orang kampung , melawat keluarga asnaf . aktiviti CSR ni kira untuk menambah saham selepas mati .
  • AMBIL SHORT SEMESTER
PMM ada menawarkan short semester kepada pelajar PMM yang kurang bernasib baik dalam keputusan Final Exam . senarai subjek yang ditawarkan di JKM akan diumumkan kelak ! tidak semua subjek menawarkan short semester !
  • BELAJAR MEMASAK
mungkin benda ni kedengaran agar kelakar , tapi ia benar . ambillah peluang untuk belajar memasak ketika cuti semester ni . baik lelaki mahupun perempuan. lepas cuti semester, korang boleh kagumkan korang punya housemate dengan resipi yang telah korang belajar . guru memasak paling dekat ada kat rumah korang . hehe

gembira2 jugak , jangan lupa 10 mei 2016 - tarikh penting untuk semua warga pmm. pastikan semua telah membayar segala hutang dengan pihak politeknik . hutang dobi kamsis, hutang saman , hutang perpustakaan . agar korang tak sangkut time nak ambil result nanti ! 

p/s: jangan lupa masuk poli semula pada 20 JUN 2016 !

Wednesday, April 6, 2016

PEPERIKSAAN AKHR SEMESTER SESI DISEMBER 2015


SALAM SAYANG , salam minggu peperiksaan akhir semester !

kepada JKM-ians yang bakal menghadapi peperiksaan peperiksaan akhir semester bermula 2 april 2016 sehingga 16 april 2016. kami daripada Mechanical Engineering Student Society ingin mengucapkan selamat menjalani musim peperiksaan akhir semester ! InsyaALLAH kejayaan milik kita bersama . =) DOA-USAHA-IKHTIAR-TAWAKAL-REDHA .

anda telah melakukan yang terbaik ! jangan terlalu stress sehingga menganggu kalian ketika menjawab soalan ~ kita semua mempunya matlamat yang sama . untuk medapatkan Anugerah Ketua Jabatan untuk semester ini =) JKM boleh !

Sepuluh tip untuk membantu anda dalam peperiksaan :

1.

Datanglah dengan bersedia dan lebih awal

Bawalah semua alat tulis yang anda perlukan seperti pensel, pen, kalkulator, jam (tangan), pemadam, pembaris, dan lain-lainnya. Kelengkapan ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh tumpuan sepanjang masa peperiksaan.

2.

Tenang dan percayakan diri sendiri

Ingatkan diri anda bahawa anda sudah bersedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik.

3.

Bersantailah tapi berhati-hati

Pastikan meja dan kerusi anda dalam keadaan baik dan selesa untuk anda menulis. Duduk dalam keadaan menegak.

4.

Preview soalan-soalan terlebih dahulu

Luangkan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca soalan-soalan secara mendalam, tandakan kata-kata kunci dan tetapkan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan. Rancangkan untuk menjawab soalan yang mudah dahulu, baru soalan yang sukar.. Ketika anda membaca soalan, catatkan juga idea-idea yang muncul yang akan digunakan sebagai jawapan.

5.

Jawab soalan secara strategik

Mulakan dengan menjawab soalan mudah yang anda ketahui, kemudian dengan soalan-soalan yang mempunyai markah yang tinggi. Soalan terakhir yang harus anda jawab adalah:

  • soalan paling sukar,

  • yang memerlukan masa yang panjang untuk menulis jawapannya,

  • mempunyai markah sedikit .

6.

Semasa menjawab soalan aneka pilihan, ketahuilah jawapan yang patut dipilih

Mula-mula, abaikan jawaban yang anda tahu salah. Tekalah pilihan jawapan ketika tidak ada pilihan jawapan yang dapat anda abaikan. Jangan mengubah suatu pilihan jawapan jika anda tidak pasti kerana pilihan pertama jawapan anda biasanya betul, jangan menggantinya kecuali anda yakin dengan pembetulan yang anda lakukan.

7.

Semasa menjawab soalan esei, fikirkan dulu jawapannya sebelum menulis

Buat rangka karangan secara ringkas untuk esei dengan mencatat dahulu beberapa idea yang akan ditulis. Kemudian susun idea-idea tersebut mengikut susunan yang mana penting atau perlu dibincangkan dulu.

8.

Semasa menjawab soalan esei, jawab pada persoalannya

Tulis frasa pokok pada frasa pertama. Gunakan perenggan pertama sebagai pengenalan esei anda. Gunakan perenggan seterusnya untuk membincangkan isi-isi utama secara terperinci. Sokong isi anda dengan penerangan yang jelas, contoh, atau petikan dari buku atau media lain jika perlu.

9.

Bahagikan 10% waktu anda untuk memeriksan jawapan

Periksa jawapan; elakkan keinginan untuk cepat meninggalkan dewan atau bilik setelah anda menjawab semua soalan ujian. Pastikan anda telah menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda untuk memeriksa ejaan, struktur bahasa dan tanda baca. Untuk jawapan matematik, pastikan tidak ada kesilapan (misalnya salah meletakkan tanda titik perpuluhan). Bandingkan jawapan matematik anda yang sebenarnya dengan pengiraan ringkas.

10.

Analisa jawapan anda

Setiap peperiksaan akan membantu anda dalam mempersiapkan diri untuk peperiksaan berikutnya. Tetapkan strategi mana yang sesuai dengan anda. Tentukan strategi mana yang tidak menjadi dan ubahlah. Gunakan kertas peperiksaan sebelumnya ketika belajar untuk peperiksaan akhir.




PERJUMPAAN BERSAMA KETUA JABATAN

pada 29 mac 2016 yang lalu , Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Merlimau Melaka (KJKM - PMM) yang baharu , En. Mohamad Sharil Bin Ibrahim telah mengadakan perjumpaan bersama pensyarah dan Wakil daripada setiap kelas dari semester 1 hingga semester 6.

Majlis perjumpaan dipengerusikan oleh penasihat kelab jabatan kejuruteraan mekanikal , encik Nor Hisham bin Sulaiman .

Pada Slot yang pertama , ucapan telah diberikan oleh Encik Mohamad Shahril Bin Ibrahim. 
Antara isi ucapan (amanat) yang diberikan adalah :

  • PERANAN PENASIHAT AKADEMIK :
  1. Membuat perjumpaan sekurang-kurangnya 1 kali seminggu
  2. Masalah pendaftaran kursus hendaklah sentiasa dirujuk kepada penasihat akademik kelas masing-masing.
  3. mengalakkan pelajar untuk menyertai aktiviti-aktiviti kelab pelajar.
  4. kelas boleh mengadakan aktiviti sendiri (minta sedikit peruntukkan daripada jabatan)
  5. ingatkan pelajar " datang politeknik untuk belajar , tolong berusaha dan tolong patuhi peraturan yang sedia ada"
  • PERLIBATAN DIRI DALAM KURSUS .
  1. pelajar perlulah sentiasa menyertaikan kursus yang dibuat oleh jabatan .
  2. demi mendapatkan pengalaman tambahan
  3. antara kursus yang pernah diadakan adalah kursus ICOP yang telah diadakan pada semester-semester lepas.
  • PELAJAR JKM BERPOTENSI DALAM MENDAPATKAN ANUGERAH
  1. antara anugerah yang pelajar berpotensi untuk meraih adalah anugerah jabatan dan anugerah menteri.
  2. selain daripada pencapaian akademik yang baik . perlibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti luar seperti menyertai SUKARELAWAN YES POLITEKNIK yang ditubuhkan oleh Jabatan hal ehwal pelajar (JHEP)
  3. dengan meningkatkan bilangan anugerah yang diterima oleh jabatan kejuruteraan mekanikal. jadi ia akan meningkatkan kecemerlangan jabatan kita sendiri.
  • HARAPAN
  1. mengharapkan semua pensyarah dan wakil pelajar untuk naikkan semula nama JKM.
pada slot kedua , mantan KJKM-PMM , En Simmathiri A/L Applanaidu memberikan ucapan.

         beliau menceritakan tentang pengalaman beliau baru sahaja balik dari Bali, Indonesia . disana terdapat satu sekolah yang mengamalkan gaya "green school" mereka tanam padi , masak sendiri dan bawa ke rumah mereka untuk dimakan . dirumah mereka juga menggunakan kayu dan daun-daun untuk membinakan . beliau mengharapkan daripada cerita pengalaman tersebut dengan harapkan JKM terus mengamalkan persekitaran hijau demi kesejahteraan bersama . beliau juga mengingatkan wakil pelajar bahawa belajar jangan target sampai diploma sahaja , tetapi biarlah sampai ke peringkat DOKTOR FALSAFAH . beliau akhiri ucapan beliau dengan ucapan " SEMOGA MAJU JAYA"

pada slot ketiga , En Gadaffi Bin Omar telah memberikan ucapan :

  • JKM DAY
  1.  beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada kelab jabatan kejuruteraan mekanikal kerana telah mengadakan JKM Day dengan jayanya .
  2. beliau juga memberitahu bahawa pensyarah hanya merancang program tetapi ianya takkan berjaya tanpa sokongan daripada pelajar jabatan sendiri
  • MALAM PRA GRADUAN
  1. beliau memaklumkan bahawa Malam Pra Graduan (MPG) akan diadakan pada malam tersebut dan ia melibatkan pelajar semester 5 dan 6 sebelum mereka menamatkan pengajian di PMM
  •  PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER.
  1. peperiksaan akhir semester bagi sesi disember 2015 akan diadakan bermula 2 april 2016 sehingga 14 april 2016.
  2. jadual JKM dan JMSK telah ditampal di 3 bahagian utama ( papan kenyataan sebelah kanan sebelum masuk jabatan dari bengkel , bawah tangga utama & sudut informasi jabatan )
  3. keputusan rasmi akan diumumkan pada 10 MEI 2015
  4. jika pelajar tidak berpuas hati tentang keputusan peperiksaan akhir semester, bermula 10 mei 2016, selepas 14 hari berkerja , pelajar boleh buat rayuan . RM25/matapelajaran akan dikenakan untuk menyemak semula kertas peperiksaan. RM50 untuk rayuan GAGAL BERHENTI.
  • HARAPAN
beliau mengharapkan agar pelajar jabatan kejuruteraan mekanikal mendapat Anugerah Ketua Jabatan (AKJ) dalam peperiksaan akhir semeseter.

slot diteruskan dengan ucapan daripada Saudara Abdullah Khabir Bin Saharudin selaku , Presiden  Mechanical Engineering Student Society .
  1. beliau memperkenalkan diri dan memaklumkan tentang tugas beliau sebagai president MESS dan juga Senator JKM.
  2. beliau juga telah memaklumkan tentang mengkonstrukan kembali Kelab Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dengan penjenamaan baharu . Kelab Jabatan Kejuruteraan Mekanikal kepada Mechnical Engineering Student Society (MESS).
  3. MESS membuka keahlian baharu , pelajar JKM digalakkan menyertai MESS , jika satu kelas mahu menyertai kelab jabatan pun kami tidak kesah . sebarang penyertaan sila merujuk kepada setiausaha MESS, saudari Noraisyah dari kelas DEM2A
  4. tujuan utama MESS adalah untuk meningkatkan kepercayaan pensyarah kepada pelajar jabatan untuk membuat program di peringkat jabatan .
slot yang dinantikan iaitu "Q&A session" dikendalikan oleh Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal . Para Wakil kelas diberikan peluang untuk memberikan soalan.

  • APAKAH TINDAKAN YANG DIKENAKAN KEPADA PELAJAR YANG TIDAK MENYERTAI PROGRAM JABATAN ?
  1. mengingatkan pelajar bahawa mereka perlu sentiasa menyertai program jabatan sebagai sokongan kepada program jabatan.
  2. tindakan akan diberikan - pelajar akan diberkan kerja kebajikan (CSR) pada satu tarikh yang akan ditetapkan
  3. Perlaksanaan semula sistem merit kepada pelajar melalui Buku Log.
  • PELAJAR DKM2C BELUM MENDAPATKAN BAJU KORPORAT POLITEKNIK . APAKAH PROSEDUR YANG PERLU DILAKUKAN ?
  1.  Wakil pelajar DKM2C perlu berjumpa dengan Wakli Jabatan Koperasi (Puan Rosmawati)
  • KECERIAAN JABATAN TIDAK MENARIK.
  1. KJKM PMM telah memaklumkan bahawa itu semua kerana unsur pembangunan
  2. TAMAN HERBA JKM- telah dibina atas inisiatif pensyarah JKM
  3. pensyarah perlukan sokongan pelajar untuk meningkatkan keceriaan jabatan.
  4. antara aktiviti terbaru yang telah diadakan untuk keceriaan adalah Explorace Gotong Royong yang telah diadakan pada JKM DAY yang lalu.
  • MENGAPA MAKLUMAT PENILAIAN BERTERUSAN DI SPMP TIDAK LENGKAP?
  1. maklumat pernilaian berterusan (PB) adalah diatas kehendak pensyarah kursus tersebut untuk sama ada mahu memasukkan markah PB dalam PB tersebut atau tidak.
  2. jika pensyarah tidak memaklumkan markah PB , ia adalah strategi agar pelajar meningkatkan markah mereka dalam Peperiksaan Akhir .
  3. 30% program kursus tidak mencapaikan standart yang ditetapkan (markah peperiksaan akhir lagi tinggi daripada markah Penilaian Berterusan)
  • ADA TAK KOUTA KAMSIS UNTUK JABATAN.
  1. tiada.
  2. kepada pelajar yang mahu kekal tinggal di kamsis , mereka perlu bergiat aktif dalam organisasi seperti Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) , Pembimbing rakan Siswa Politeknik (PRSP) , Jawatankuasa Penghuni Kolej Kediaman (JPKK) dan Jawatankuasa Pelajar Pusat Islam (JPPI)
  • KENAPA PELAJAR YANG MENGAMBIL KURSUS DJM2012 TIDAK MEMBUAT PRAKTIKAL DAN BELAJAR TEORI SEMATA MATA ?
  1. EDM WIRE CUT - wire dah reput.
  2. EDM DIE SINKING - software dah corrupt
  3. CNC TURNING - dalam proses untuk setting semula sistem
  4. CNC MILLING - masalah piping dan software .
  5. kontrator mesin tersebut telah datang tengok dan rujuk kepada Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) untuk tindakan seterusnya .
  6. insyaALLAH , kepada pelajar yang pernah mengambil kursus DJM2012, andai semua mesin tersebut telah dibaiki . pelajar boleh datang untuk pelajari semula tentang mesin tersebut MENGIKUT WAKTU KELAPANGAN PENSYARAH BERKENAAN.
slot terakhir telah diisi oleh En Harman Bin Hassan , pensyarah JKM merangkap pegawai kebajikan di JHEP.
  • FAIL PELAJAR .
  1. Penasihat Akademik perlu mengurus dan memegang fail pelajar .
  2. kepada pelajar yang ingin mengubah maklumat diri dari segi sejarah perubatan, permohonan bantuan kewangan serta slip bayaran (mesti ada salinan ) boleh rujuk kepada Penasihat Akademik kelas masing masing.
  • Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M)
  1. pelajar yang menjalani Latihan Industri (LI) tidak boleh mengambil lagi BB1M
  2. pelajar semester 7,8,9 juga tidak boleh mengambil BB1M lagi
  3. pelajar diingatkan agar jangan berharap kerana ekonomi negara yang kurang memuaskan . berdoalah agar semua dapat BB1M
  4. majlis penyerahkan baucer telah diadakan dan diberikan kepada penasihat akademik JKM
ITU SAHAJA PERKONGSIAN TENTANG PERJUMPAAN BERSAMA KETUA JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL YANG BAHARU . HARAP KALIAN MENDAPAT BANYAK INFORMASI DARIPADA POST INI =)



Monday, March 28, 2016

Baucar Buku 1Malaysia

       Assalamualaikum semua, minggu ini study week ya bukan? pasti sekarang anda juga tengah menghabiskan semua assignment trmsuk EOC, Tutorial, dan Lain-lain lagi. Take ur time guys and dont forget to study! :)
     Oh ya, harini nak cakap tentang Baucar Buku. Baucar Buku dah boleh didapatkan daripada PA masing-masing. Kalau lihat dekat Jabatan, banyak poster tentang pengedaran baucar buku 1Malaysia yang dihighlightkan perlu diambil daripada PA masing-masing. Jadi anda perlulah deal sendiri directly with ur PA untuk voucher buku. :D Jangan tukarkan kepada wang ia bacar buku tu... Belilah buku ilmiah di nearest bookstore and belajar dan terus belajar. :D

Wednesday, March 9, 2016

Minta Maaf Terbuka

        Assalamualaikum semua, kalini post adalah tentang permohonan maaf secara terbuka daripada Mechanical Engineering Students Society(MESS). Keputusan ditangan senator JKM yang menganjurkan program Rumah Rawarontek ini. Beliau dengan merendah dirinya memohon maaf kepada semua pelajar kamsis. Rasionalnya adalah kerana keadaan terlalu bising termasuk sound system Rumah Rawarontek itu sendiri dan audiences. Kami berharap anda perlu faham situasi kami kerana ada pelajar yang telah mengeluarkan kata-kata kesat sehingga mengganggu pengurusan program kami. Kami beroperasi dari awal pagi sehingga malam, maafkan kami jika kami emotional sedikit dan strict dalam mengendalikan program ini.
        Keputusan dan segala perkara dan peraturan adalah hak kami. Kelab JKM tidak mahu apa-apa masalah yang akan datang selepas ini. Kami langsung tidak berniat untuk menghalau pelajar kamsis pulang, suara kami agak lantang sedikit kerana suasana yang sangat bising. dan kami juga terpaksa akur mengikut peraturan yang sedia ada untuk kamsis. Warden juga telah menegur sendiri Senator dan Krew diatas faktor masa. Dengan rendah dirinya kami memohon maaf diatas kesulitan yang berlaku pada malam 5 Mac 2016 yang lepas. Kami dah nyatakan dengan jelas, di dalam banner dan bunting di depan Rumah Rawarontek dimana waktu operasi adalah dari pukul 9pagi sehingga 11malam. Inshaallah kami akan memperbaiki program ini jika ada kesempatan pada masa yang akan datang.

Tuesday, March 8, 2016

Rumah Rawarontek

Assalamualaikum semua dan salam eoc, quiz, test.. hihi.. hujung minggu lepas kakak dan abang kita dah konvo.. well done to them kerana telah menggenggam segulung diploma.. Bukan senang nak genggam diploma betul tak.. belajar tiga tahun pun belum tentu.. huhu~
     Haaaaa... time hujung minggu lepas berlakunya juga pesta konvokesyen yang berlaku di luar Dewan especially di One PMM Mall.. ramai peniaga yang menyewa khemah sepanjang tiga hari dan banyak juga organisasi di dalam poli melaksanakan program terutama Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Merlimau Melaka (MPP PMM). Sekalung penghargaan kepada mereka kerana telah menjayakan pesta Konvo pada kali ini.
     Buat pengetahuan semua, Kelab JKM atau Mechanical Engineering Students Society (MESS) telah berkolaborasi bersama MPP dan Protege untuk menjayakan Rumah Rawarontek (Rumah Hantu). Program ini kali pertamanya diadakan di dalam pesta konvo. Program ini tidak dijangka langsung mendapat sambutan. Tetapi alhamdulillah sambutan pada julung kalinya ini mendapat sambutan yang luarbiasa terutamanya dari kalangan pelajar PMM sendiri dan Orang luar.

     Seramai 26orang crew termasuk pelakon hantu telah bertungkus lumus selama 2 hari bermula Jumaat Petang sehingga Ahad Petang. Rumah Rawarontek ini dibuka seawal 9pagi sehingga 11malam. Bayaran masuk adalah tiga ringgit sahaja, manakala pelajar yang membawa kad matrik bersama dapat memasuki rumah rawarontek ini dengan hanya dua ringgit! Bk-3 dan Bk-4 merupakan lokasi utama, rumah hantu ini menggunakan dua kelas dan plan di dalam dianggar juga melebihi 50meter jauh. Hantu-hantu di dalam menampilkan Pocong, Pontianak, Zombi, Orang Minyak, Badut, dan Pembunuh bersiri. Jumlah pelakon di dalam seramai 8orang dan dibahagikan dua bagi setiap bilik. Kedua-dua bilik dilengkapi pendingin hawa dan sound system yang menyeramkan!

Monday, February 29, 2016

Media Sosial

      Assalamualaikum semuaa.. bagaimana dengan JKMs Day yang lepas? Happy? kami sangatlah respect our senior sem5 dan sem6 yang sangat sporting till the end of the programme. They r really happening.. seriously we r so proud of them. Actually we didnt expect our senior will act n play with a really high spirit. And congrate to DKM6 for winning the Tarik Tali..! Anda sememangnya hebat.
        Dengan ini kami dari Kelab Jabatan Mekanikal ingin memohon maaf jika terdapat kekurangan dalam perlaksanaam JKMs Day. Tanpa pensyarah dan anda semua, kami tidak akan dapat berjaya melakukannya dengan baik. Kami berharap semua dapat menunggu kami pada program yang seterusnya. Stay tuned~
     Mesti semua tertanya-tanya "mana gambar kami?". Ok harini kami jawab. Gambar anda semua telah diupload sebanyak 2 part dan kesemua gambar telah mencecah melebihi 1K gambar! Do add our FB Page @ Ceritera JKM. Dont forget to follow our others social media like twitter and insta! And also dont forget to follow this blog.. we dont have any follower yet... :( , do follow if u have google acc.. we will update more activities after this whether in Jabatan Mekanikal or Jabatan lain. DO SUPPORT US, THANK YOU VERY MUCH GUYS!! :)

Tuesday, February 23, 2016

JKMs DAY!

    Assalamualaikum guys. JKM day akan berlangsung pada hari Khamis ini. Adakah anda sudah bersedia? Sudahkah anda mendapatkan borang penyertaan daripada PA anda? Kalau tidak, sila bertindak sekarang. Anda boleh mendapatkan kesemua borang penyertaan darilada PA anda dan submit asap(as soon as possible). Saya tahu pasti ramai yang berebut-rebut untuk menyertai acara yang dipertandingkan. Yerlah, masing-masing nak tunjuk kehebatan kelas masing-masing.. inilah masanya untuk mencurahkan keringat dan membuktikan kelas andalah yang paling awesome~! Pelbagai aktiviti menarik yang menanti kita.

     Pada JKM day kalini kita akan mengadakan sukan rakyat serta explorace sebagai aktiviti utama. Untuk sukan rakyat, terdapat 3 sukan yang akan diadakan, antaranya adalah Lari Di dalam Guni berganti-ganti, Sepak Raga, dan Tarik Tali. Acara tarik tali sememangnya akan menjadi acara yang paling ditunggu-tunggu, maklumlah pelajar jkm semuanya hebat dan ganas-ganas belaka. Hehe~ mari kita lihat kelas mana yang akan merangkul setiap game.Setiap sukan mesti mengambil masa yang lama kerana setiap kelas akan menghantar pasukan mereka sendiri. Mesti urusetia nanti penat nak jaga lebih dari 700 orang pelajar jkm ni.. harap anda semua dapat bekerjasama dengan urusetia dan pensyarah yang terlibat dengan baik. Bagaimana nak mengecam para urusetia? Senang sahaja, para urusetia akan memakai baju berwarna hijau sama seperti pensyarah2 JKM. If yiu have any enquiries dan sebagainya, anda bolehlah mencari mereka.

       Setiap pelajar jkm juga akan menerima baucer secara percuma yang bernilai minima 3ringgit untuk berbelanja makan. Pelajar sem5 dan sem6 akan mengadakan jualan 'Garage Food' pada hari tersebut dan pelbagai juadah makanan yang akan disajikan buat anda. Yang penting kupon anda.. jangan hilang ya.. manatahu nanti dah seronok bersukan, tetibe terjatuh pulak kupon.. diri sendiri yang akan rugi nanti.

    Kehadiran adalah diwajibkan keatas semua pelajar JKM. Pelepasan kuliah akan diberikan. Pelepasan kuliah bukanlah tiket untuk anda tidak hadir ke program jabatan. Ini adalah kerana kehadiran akan diambil secara adil. Diatas desakan Kelab JKM dan pensyarah, Tindakan tatatertib akan dikenakan kepada mereka yang tidak hadir. Kami berharap pelajar JKM dapat memberikan komitmen dalam menjayakan hari jabatan kita. Jangan membebankan diri dengan tindakan tatatertib yang sememangnya berat buat diri anda apabila tidak menghadirkan diri.

Tuesday, February 16, 2016

Pass SPMP

    Assalamualaikum semua.. harap-harap lepas cuti semua dah bersemangat semula untuk sambung belajar. Buang jauh-jauh mood cuti CNY tu... haha~ Saya rasa semua dah sedia maklum yang kita sudah dalam minggu ke-9, lagi 5-6 Minggu lagi untuk kita menghadapi Final Exam... wah takutnya kannn, sbb blum study fully lagi.. rasanya sekarang semua sibuk study untuk habiskan Kuiz dan Test bukan? Gudluck! Semoga markah PB anda cemerlang :)
    Haaa.. topik kalini adalah berkaitan dengan Password SPMP.. tahu x spmp dah boleh pakai password sendiri? Dulu sistem kene pakai ID iaitu IC kita, dan password pulak Number Kad matrik kita. Jadi sebelum ni mesti semua agak marah sedikit disebabkan orang lain boleh check result kita sesukahati diorang! you're infriging my copyright berdosa taw! Kannnnn.... Sistem kalini memang terbaik.. siapa yang belum tukar password lagi bolehlah tukar.. login mcm biasa guna pass kad matrik, dan anda akan didirectkan terus untuk bina password baru. Mudah bukan.. tq pada sistem baharu.. yeay~
        Then rasanya ramai yang dah tukar password tapi tetibe lupa plak passnya.. adoi... mesti panas kan.. hahha.. hidup pun rasa x tenteram. Betul x gitu.. mweheheheh... OK- harini kita belajar sekali  cara nak tukar pass semula. Tetapi ia tidak boleh melalui Mudah alih kita sendiri. Caranya adalah dengan pergi ke Unit ICT, yang terletak di aras bawah JMSK! Dan akan ada staff disana yang akan bantu kamu dalam just a couple of minutes. Itulah satu-satunya cara sahaja. Tiada cara lain taw..
          Ini kami dapat daripada pengalaman rakan seperjuangan politeknik kita jugak. Rakan kita telah lupa pass masuk baru dia. Then, dia pergi ke HEP dan Pentadbiran, tetapi tidak dapat membantu. Akhir sekali, beliau ditolak ke Unit ICT... so anda yang lain xpayah susah-susahkan diri anda untuk ke HEP dan department lain semata-mata untuk solve Password SPMP anda.. itu sahaja untuk kali ini.. Stay tuned... ;D
           

Monday, February 8, 2016

Place To Learn Basic Math!

      Assalamualaikum Hai Semua! maaf kami dah lama xupdate, masing-masing busy dengan tugas harian sebagai seorang pelajar mungkin. hehe!~ Kalini saya nak share tentang alternatif belajar matematik especially kepada pelajar-pelajar kejuruteraan. Sebelum itu, kami dari kelab JKM ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada pelajar Chinese kita... Semoga Tahun ini lebih baik dari hari sebelumnya. Lets the Tahun Monyet Begin,.. huhu
     Ok-Lah mari kita sambung perihal matematik tadi. Pasti anda merasa buntu bukan apabila tidak ada penyelesaian bagi matematik? Jadi apa anda lakukan? Saya tahu pasti ramai yang buka youtube semata-mata nak cari tutorial math. Tapi apakah kesudahannya? Pasti ada yang xdapat catch-up bukan? yerlah, kadang-kadang lain Tutor lain cara pengajarannya... Kalau Lecturer JMSK ajar cara begini, pasti Tutor di luar sana mempunyai cara lain untuk solve soalan matematik.
     Di Fb, saya ada get into kumpulan FB yang dinamakan KOLEKSI NOTA / SLIDE PELAJAR POLITEKNIK SELURUH MALAYSIA. Group ini bertujuan untuk memberi fasiliti kepada semua pelajar politeknik berkongsi nota dengan pelajar poli lain. Bercerita tentang matematik tadi semula! eh dah berapa kali saya sailangkan pasal math tadi.. hehe, ceritanya saya terjumpa satu blog khas yang dicipta oleh Pensyarah JMSK dari Poli Kuching Sarawak. Blognya adalah math2ever.blogspot.com , Jom checkout!
    Pada blog ini, anda boleh mendapatkan nota-nota untuk Engineering Mathematics (kod lama dan kod baru) bersama dengan koleksi kertas peperiksaan akhir.  
     Selain ituJuga, anda boleh mendapatkan nota-nota kuliah untuk subjek-subjek di bawah jabatan JKE, JKA, JP, JMSK dan JKM. (nota: tidak kesemua nota anda dapat perolehi untuk subjek-subjek tertentu dan nota juga kebanyakkanya merupakan kod subjek lama.)
Blog ini adalah hasil idea daripada seorang pensyarah JMSK di Politeknik Kuching Sarawak, iaitu En. Jefffery Abat Maramat.
    Akhir sekali, kami berharap anda dapat menggunakan panduan di dalam blog ini semaksima yang mungkin.. Its a very great blog. Jika ada kesempatan kami akan share juga manfaat dari blog tersebut kedalam blog ini.. Salam maju Jaya! :)

Tuesday, January 26, 2016

JKEs Day

     Assalamualaikum semua.. hai n evening.. maaf because lama xupdate. lately ni we are so busy and Theres some technical problems with our media. nak bagitahu yang Jabatan Kejuruteraan Elektrikal akan mengadakan JKEs Day! Lets take a look~
   Come and join them for 'jke day' pelbagai game yg menarik dan hadiah yang menanti seperti permainan bowling,b adminton, sukaneka, explorace,dan pelbagai game indoor dan outdoor. Untuk maklumat lanjut layari laman sosial mereka di instagram 'kkepmm' dan twitter 'kkepmm'serta bole berhubung terus dengan Senator JKE 0196304343-adam

Monday, January 18, 2016

Uitm Virus Shortcut Remover

     Hai semua, harini saya nak lakukan perkongsian pantas kepada anda semua. Admin terbaca yang sis pelajar JKM xtahu nak solve macammana sebab pendrive dia kene virus shortcut. Katanya esok ada presentation english dan file didalam pendrive itu perlu digunakan!
    Wokayhh.. apa-apa anda perlu download tools ni. Tools ni dinamakan uitm shortcut remover. Functionnya ialah boleh keluarkan semula file yang telah disorok oleh virus shortcut ni. Taktahulah kan budak uitm mana yang create remover ini. Tapi jikalau anda mengalami masalah diatas, pasti masalah akan dapat diselesaikan 100%. Tetapi anda juga disarankan untuk menginstall dan update antivirus terkini.
     Cara nak guna pun senang je.. nnti bila dah selesai download, sila terus buka je software uitm shortcut remover ini. Then, pilih target yang nak diremove samada dalam pendrive, harddisk atau PC itu sendiri. Lpstu tekan scan dan delete je.. nnti automatik file anda akan muncul seperti sediakala... mudah kan?? Kacang jelaaa.. selalunya abam2 n hakak2 MPP selalula guna bende ni.. gimintak je diorang, mesti dorang ada punya! budak2 IPT ramai kut dah tahu. Takpe, yang xtahu tu harini anda sudah pelajari benda baru. Tahniah buat diri anda. (^O^)
   Link download adalah yang tertera:-
https://www.mediafire.com/?hdloitao33mmftn

Jom Usahawan Muda JKM

     Assalamualaikum semua, ingat lagi x post tentang pencarian ushawan muda JKM yang ditangguhkan? Ehhh bukan ushawan.. bukan 'usha' ea.. tersilap tulis pulak..  tp Usahawan~ Usahawan Muda JKM. Pasti ramai yang kecewa tentang penangguhan yang lepas.. ramai jugak yang tanya kepada admin-admin.. "bila tarikh program itu ditunda?" "Betulke program ditunda?" kalini segala kemusykilan dan persoalan anda terjawab~
    Kalini nak bagitahu yang tarikh baru untuk temuduga telahpun ditetapkan.. Apalagi mari kita ramai-ramai memeriahkan temuduga ini.. kami tahu ramai pelajar JKM yang berbakat besar dalam bidang perniagaan, cuma mereka ini tidak menunjukkan diri dan melakukannya hanya disebalik tabir. kenapa tidak kita berkongsi kepada seluruh warga PMM ilmu dan pengalaman kita? Jom sama-sama kita melebarkan network perniagaan kita dan belajar pelbagai benda baru!

Details adalah seperti yang berikut:-

Tarikh: 29/01/2016

Jam: 3-5ptg

Tempat: BK4

Terbuka kepada semua pelajar sem1-hingga sem5.

    Untuk informasi lanjut, sila rujuk gambar dibawah. ~^O^~

Sunday, January 17, 2016

Isu Mahasiswa ‘usus terkoyak’

Isu ‘usus terkoyak’: Siswa makan nasi kosong berlauk perencah Maggi
             
Pelajar yang memerlukan makanan percuma berbaris panjang di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sumbangan makanan dianjurkan kumpulan Food for Mahasiswa (FFM), satu inisiatif pelajar undang-undang universiti ini.

Pelajar yang memerlukan makanan percuma berbaris panjang di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sumbangan makanan dianjurkan kumpulan Food for Mahasiswa (FFM), satu inisiatif pelajar undang-undang universiti ini.

KUALA LUMPUR, 9 Jan — “Saya tak terkejut sebab ada yang lebih teruk.

“Ada yang makan Maggi hari-hari. Dia akan makan Maggi kosong sehari satu bungkus tanpa perencah.

“Esoknya perencah yang disimpan itu ditabur untuk dimakan bersama nasi kosong, untuk 'survive' dan dapat jimatkan duit.

“Begitulah situasi teruk yang dihadapi mahasiswa untuk hidup,” kata pengasas bersama Food for Mahasiswa (FFM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Muhammad Khairul Farhan Mohd Rakbi.

Baginya, cerita mahasiswa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terpaksa ikat perut, didakwa sehingga boleh merosakkan usus, “bukan sesuatu yang asing.”

Malah, menurutnya, ramai lagi penuntut berdepan masalah sama kerana beban kos sara hidup yang semakin meningkat walau menerima biasiswa dan meminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Di laman Facebook kumpulan kebajikan ini, yang menyediakan makanan percuma kepada 300 pelajar, tertera satu nota bertulisan tangan.

Nota berdakwat biru itu menceritakan seorang pelajar yang mendakwa tidak makan selama tiga hari terpaksa mengambil wang derma masjid sebanyak RM7.85 untuk mencari sesuap nasi.

Jika ada rakan rakan UKM lain yang mengalami masalah sama seperti rakan kita di dalam gambar ni, mohon maklumkan...

Begitu nasib melarat di kampus-kampus tempatan akibat kenaikan kos sara hidup.

Khairul Farhan, 25, berkata ada juga keadaan mahasiswa yang tidak layak mendapat bantuan kerana pendapatan ibu bapa yang tinggi.

Namun pelajar itu menghadapi masalah keluarga menyebabkannya terabai dari segi kewangan.

“Pada saya ia bukan isu PTPTN cukup atau tidak. Ada orang berdepan dengan masalah yang kadang-kadang tak boleh nak dielakkan apabila melibatkan kewangan,” katanya kepada ProjekMMO.

Akhbar Harian Metro semalam melaporkan keluhan pelajar sarjana muda psikologi UKM yang sering mengikat perut kerana kesempitan wang sehingga “ususnya tercedera.”

Mahasiswa dari Sabah itu mendakwa duitnya hanya tinggal RM150 selepas pinjaman PTPTN berjumlah RM3,000 bagi satu semester habis diguna untuk membayar yuran.

Wang itu juga digunakan melunaskan hutang kawannya RM1,000 ketika persiapan memasuki universiti.

Laporan itu juga menyebut seorang pelajar tahun pertama ijazah komunikasi kerap ponteng kelas kerana sering mengalami gastrik selepas mengikat perut akibat terlalu berjimat, berbelanja hanya RM30 seminggu untuk makan minum dan pembelian buku nota.

Berdepan kemelut itu, Khairul Farhan mencadangkan pinjaman kerajaan kepada mahasiswa disemak kembali.

“Mungkin jumlah pemberian biasiswa dan PTPTN sudah tidak lagi cukup untuk menampung kos sara hidup yang semakin tahun semakin tinggi.

“Saya rasa jumlah peruntukan yang disediakan kerajaan perlu dinilai semula,” kata graduan sarjana muda undang-undang UKM itu.

Mengulas tentang harga makanan di kafe kampus yang dilapor semakin mahal, katanya, perkara itu tidak dapat dielakkan kerana harga barang yang tinggi dan kelangsungan perniagaan.

“Harga kafe sudah sama dengan harga restoran luar. Kami tidak salahkan kafe sebab kita tahu mereka pun buat bisnes,” katanya.

Baru-baru ini, kaji selidik pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM) mendapati 57 peratus mahasiswa hanya memperuntukkan RM5 sehari untuk makanan.

Sebanyak 41 peratus hanya makan mi segera manakala 44 peratus hanya makan “nasi bujang.”

Kajian yang dibuat badan bukan kerajaan (NGO) itu melibatkan 25,632 mahasiswa di enam IPTA.

Tinjaun dibuat di kalangan pelajar-pelajar Universiti Tekonologi Mara (UiTM), Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), dan UKM.

Kajian juga mendapati 96 peratus, atau 24,720 mahasiswa, terbeban dengan keadaan ekonomi semasa dan 74 peratus (18,765) pernah berada dalam situasi tidak berduit untuk makan.

Sumber : http://m.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/isu-usus-terkoyak-siswa-makan-nasi-kosong-berlauk-perencah-maggi

Saturday, January 16, 2016

Kelab JKM jom~

Assalamualaikum semua, harap hari minggu anda dipenuhi dengan perkara-perkara yang berfaedah. Jangan lupa curi masa untuk majukan akademik anda. Rasanya ramai dah lalui kuiz pertama setiap kursus yang diambil sem ini. Jangan last-minute study yer. Memang ada pendapat yang mengatakan last-minute study itu bagus, tapi why not kita x bersedia awal? Nnti org lain study last-minute, kita tidur je kroh-kroh terbungkang.. Hehe~
    Post kalini nak menyeru kepada pelajar-pelajar JKM untuk menyertai Kelab Jabatan. Bantu kami dalam memajukan Jabatan kita sendiri. Jika anda lihat kekurangan yang boleh diperbaiki why not maju kehadapan and show yourself and put on some effort for our department! ^,^ ok-Lah, if you are interested to join us, let me know ya on 017-7332293 - Khabir

Thursday, January 14, 2016

Sunnah Berniaga

Kenapa nabi s.a.w berniaga?

Sunnah? Nak kaya?

Nak tahu kenapa Islam menggalakkan umatnya berniaga?

Bukan sebab nak kaya. Tetapi sebab berniaga itu adalah suatu tarbiyyah. Tarbiyyah tentang kehidupan, kemudian mendekatkan diri menuju Tuhan.

Nabi s.a.w berniaga di usianya muda. Di usia 20 an. Dan nyata pada usia itu baginda masih belum dilantik menjadi Rasul. Jadi jelasnya kerja2 dakwah baginda tidak dibuat secara terang.

Orang yg berniaga ini tawakkal mereka sebenarnya lebih tinggi. Sebab mereka tidak tahu bila rezeki dalam berbentuk wang akan dapat. Mereka hanya akan buat kerja dan terus usaha. Dan tawakkal mereka mutlak pada Allah taala sahaja.

Kemudian apa?

Kemudian dalam berniaga mereka akan berjumpa dan melihat pelbagai ragam manusia, mereka akan kenal ramai orang ternama dan biasa. Disini dalam konteks dakwah, nabi s.a.w akan belajar bagaimana untuk melihat ragam manusia dalam usaha dakwahnya sesudah dilantik menjadi rasul.

Kemudian lagi apa?

Ukhwah dan silaturrahim. Mereka akan kenal banyak orang baru dalam hidup mereka. Baik islam mahupun bukan Islam. Dan ukhwah akan terjalin, atas asbab perniagaan. Sebab itu dalam berniaga perkara pokok yg perlu dijaga ialah ' good contact ', masyarakat cina sangat menjaga hubungan ' good contact ' mereka. Dalam konteks dakwah nabi s.a.w, ' good contact ' digunakan dalam usaha dakwah baginda kelak. Mereka akan melihat keluhuran dan kejujuran baginda. Jika produk yg di bawa itu adalah dari buatan manusia pun sudah dijual dgn jujur, pastilah produk dari langit juga akan disampaikan dgn jujur. Apa produl itu? Iman dan Islam.

Kemudian pula apa lagi?

Berniaga akan bawa diri kita merentas pelbagai medan seantero dunia. Dengan berniaga kita akan melihat kepelbagaian budaya, dan akan terhasil idea untuk mnghasilkan produk yg terbaik. Contohnya goreng pisang cheese. Produk itu sudah lama wujud di Indonesia, kemudian dicipta dan dijual di Malaysia.Dan dalam konteks dakwah nabi s.a.w, baginda kerap berdagang kesana kemari, dan melihat kepelbagaian ragam manusia. Sewaktu muda, baginda menimba pengalaman bercampur pelbagai golongan manusia. Baginda tidak menilai manusia dari luaran. Sebab itulah dakwah baginda sampai ke setiap lapisan masyarakat. Tua dan muda, miskin dan kaya, hamba dan raja, lelaki dan wanita.

Perniagaan adalah satu tarbiyyah terbaik. Terbaik untuk mendidik jiwa anda dan belajar matlamat asala kehidupan. Perasaan tawakkal dan syukur paling banyak dalam jiwa orang yg berniaga.

Ramai antara kita membaca kisah sesudah nabi s.a.w menjadi rasul iaitu diusia baginda 40 tahun. Namun ramai yg tidak tahu apa yg baginda buat sewaktu usia muda.

Ketahuilah, baginda bukan duduk bersahaja. Baginda ditarbiyyah pelbagai cara. Salah satunya jalan perniagaan. Baginda bercampur dengan pelbagai jenis manusia untuk belajar mengenali umatnya. Baginda merantau untuk  mendekati kepelbagaian manusia.

Oleh itu, sunnah dalam perniagaan bukanlah mesti kaya. Kerana sunnah dalam perniagaan adalah tarbiyyah diri untuk menjadi hamba. Itulah cara Tuhan mengajar manusia.

Tingkatkan dalam hati rasa syukur dan tawakkal.

Sekiranya berniaga untuk kaya, maka tak perlu berniaga. Kerana berniga nak kaya itu adalah kesilapan pertama.

Tetapi sekiranya berniaga untuk mencari nafkah dan berbakti memberi manfaat pada umat manusia, itulah matlamat asal perniagaan dalam agama.

Lupakah kalian pada sabda baginda, bahawa sebaik baik umat nabi saw adalah yg memberi manfaat pada mukmin yg lain?

Sebenarnya konsep berniaga adalah memberi manfaat. Dan bukan nak kaya.

Berapa usia kita?

Contohi nabi s.a.w di usia kita.

Barulah ianya dipanggil mengikut sunnah.

Nak sayang nabi s.a.w? Kena tiru nabi s.a.w.

Sebab itu berniaga kena pegang 2 benda. Jangan malu dan jangan putus asa. Sebab dakwah juga tidak boleh malu dan putus asa. Barulah ia sunnah.

Aku juga pernah berputus asa berniaga. Tapi aku belajar rasa sakitnya jatuh, supaya kelak aku faham nikmatnya bangkit.

Sunnah itu bukan pada jubah, makanan atau pakaian.

Tetapi sunnah pada perlaksanaan.

Wallaahua'lam.

Sumber : Whatsapp

Wednesday, January 13, 2016

Kios Niaga Kamsis

        Assalamualaikum semua.. mesti pernah duduk kamsis kan semua masa sem1? rasanya maggi adalah makanan utama bagi pelajar jika tinggal di kamsis.. yerlahkan.. masa nak keluar masuk asrama pun ada had. Mana boleh sesukahati keluar masuk macam rumah kita sendiri kan. Lagipun warden penat jaga kita 24jam kat asrama.. So, kita mestilah menghargai pengorbanan mereka! ^^)_Y
            Dengar khabar, majoriti sem6 warga JKM dan barisan JPKK membuka kios makanan di kamsis bersebelahan kafe. Ia adalah kerana mereka mengikuti kursus entrepeneurship pada semester akhir. Mereka juga menawarkan ruang niaga untuk anda! Anda semua memang bertuah~ Usaha mereka untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya sememangnya AWESOME~ :)  Banyak juadah makanan yang dijual hampir setiap malam kecuali Jumaat, Sabtu dan Ahad. Mari lihat iklan mereka di bawah:-

ANDA LAPAR SEMASA BERADA DI KAMSIS PMM PADA WAKTU MALAM???
INGIN BERNIAGA DI KAWASAN BERHAMPIRAN KAMSIS PMM???
Kami ada penyelesaiannya !!!
Kami menyediakan beberapa menu makanan di waktu malam berhampiran kamsis PMM.
Kami juga menyediakan perkhidmatan sewaan tapak gerai dan khemah kanopi bagi yang berminat untuk berniaga.
Antara menu yang kami sediakan ialah:
1. Murtabak Maggi
2. Roti John
3. Karipap GERGASI
4. Keropok pelbagai
5. DAN LAIN-LAIN LAGI
Kami menyediakan Perkhidmatan seperti :
1. Khemah 10*10 kaki
2. Tapak gerai berhampiran kamsis PMM
Sekiranya berminat dengan juadah dan perkhidmatan yang kami sediakan,
Sila hubungi pihak berkenaan bagi sebarang pertanyaan,
017-354 1097 (Hazwan)
017-250 7265 (Ridzad)

Sumber Iklan : www.facebook.com/mpp.politeknikmerlimau/

JKM's Apprentice Ditunda

   Assalamualaikum guys.. Nak bagitahu tentang post sebelum ini. Ia adalah tentang audition perintis muda JKM yang akan diadakan pada keesokan hari.
    Dukacita dimaklumkan bahawa temuduga pada esok hari telah ditunda ke tarikh lain atas sebab faktor-faktor yang tertentu. Tarikh tunda akan di beritahu kemudian. Inshaallah kami akan update di dalam blog ya nanti.
    Stay tuned guys.. Dah tahu dah ramai yang xsabar nak pergi dan belajar perkara baru. Xpe.. Sabar ya semua.. sabar itukan separuh daripada iman.. ☺

Tuesday, January 12, 2016

JKM's Apprentice

   Hai semua, harap hari anda harini lebih baik daripada hari semalam dan hari yang akan datang lebih baik daripada hari yang sebelumnya..☺
      Sudah lihat post berita sebelum ini? FATIN FARHANA JAPRE selami dunia perniagaan tiga anak muda yang berkonsepkan perniagaan trak makanan. Hebat betulkan mereka! Sudah memiliki perniagaan sendiri dan bisnesnya pula diinovasi dengan gaya yang tersendiri. Org cakap mmg 'RARE'-Lah.       

    Rasanya pelajar JKM juga ramai yang berbisnes dan bekerja sendiri. Its really good. Bisnes-bisnes jugak, belajar jangan diabaikan.. Pernahlah jugak dengar ada pelajar JKM yang hebat dalam bisnes minyak wangi, cenderamata, phytoscience, emas, dan toneexcel toneplus. Anda sememangnya usahawan yang hebat. ☺Okaylah, Nak calling all pelajar JKM yang minat dalam bidang automotif dan keusahawanan, 15hb ini akan diadakan ujibakat pencarian perintis baru bagi JKM. Detailsnya adalah seperti berikut:-
-Terbuka kepada pelajar Sem1- Sem5
-Tarikh: 15Januari 2016
-Sesi 1: 9pagi hingga 12tengahari
-Sesi 2: 3petang hingga 5 petang

Bisnes Makanan Cara Berbeza

FATIN FARHANA JAPRE selami dunia perniagaan tiga anak muda yang berkonsepkan trak makanan untuk raih rezeki lumayan.

Pada masa kini, terdapat pelbagai jenis trak makanan seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Tinjauan penulis mendapati remaja golongan yang paling ramai berniaga menggunakan konsep trak. Ada yang menjual makanan, jus buah-buahan dan pelbagai makanan unik yang menarik perhatian ramai.

Keuntungan berlipat ganda selain tidak perlu membayar sewa tapak setiap bulan menyebabkan ramai mengambil peluang berniaga berkonsepkan trak sebagai alternatif.

Justeru, tidak hairanlah apabila ada segelintir remaja berkerjaya sanggup berhenti kerja dan memberi tumpuan sepenuh masa terhadap perniagaan trak makanan ini.

Ikuti temu bual penulis bersama tiga anak muda yang sudah menembusi perniagaan berkonsepkan ‘trak makanan’ ini.

Chingunara Cafe

Pengembaraan dua gadis ke Korea Selatan memberi inspirasi kepada mereka berniaga wafel berkonsepkan trak makanan. Hasil perbincangan awal tahun lalu, Nurliyana Mohammad Sanusi, 25, dan Nor Bayzura Mhd Hatta, 25, menjadi rakan kongsi berniaga secara kecil-kecilan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Perdana, Shah Alam dengan khemah kecil.

Sambutan luar biasa daripada pelajar terhadap wafel pelbagai perisa menarik olahan dua sahabat ini menyebabkan mereka mengambil langkah seterusnya. Bermodalkan pinjaman RM50,000 daripada ahli keluarga, mereka membeli sebuah lori secara tunai untuk menaik taraf Chingunara Cafe.

Menurut Nurliyana, nama Chingu bermaksud kawan dalam bahasa Korea manakala Nara gabungan namanya dan Zura.

Bukan itu saja, makanan yang dijual mereka juga berkonsepkan ala Korea. Penulis juga diberi peluang merasai kombo wafel empat ‘topping’ iaitu karamel pisang, strawberi coklat, nutella, ‘whipped cream oreo’. Rasanya memang unik dan sedap!

“Kami ada pelbagai jenis perisa jus buah-buahan, wafel dan ‘crepe’ antaranya Nutella, pisang dan ‘crepe’ buah-buahan. Paling laris setakat ini ialah wafel karamel pisang sebab rasanya yang tidak terlalu manis. Kena cuba dulu baru tahu sedap atau tidak kerana semua makanan ini resipi olahan kami sendiri. Selain itu, harga yang ditetapkan serendah RM4 dan tiada di tempat lain.

“Dari segi promosi pula kami akan memuat naik gambar menu terbaru dan kawasan kami berniaga setiap hari di laman sosial Facebook atau Instagram (@chingunaracafe). Lokasi kami berniaga selalunya di Taman Sri Puteri, Meru, Klang berhadapan rumah selain mempunyai sebuah kios di Sepang. Chingunara Cafe juga turut dibuka di acara keramaian seperti festival makanan di Dataran Merdeka dan banyak lagi,” katanya.

Kata Nor Bayzura pula, banyak cabaran yang perlu mereka tempuh untuk sampai ke tahap ini. Pernah pada awal pembukaan Chingunara Cafe mereka hanya meraih keuntungan RM16 sehari, namun mereka tetap meneruskan usaha untuk memperkenalkan Chingunara Cafe sehingga dikenali ramai hari ini.

“Alhamdulillah, usaha kami memberi rezeki berlipat ganda apabila dalam sebulan kami boleh meraih keuntungan kasar sebanyak RM15,000. Kami juga menggaji pekerja untuk mengendalikan trak makanan dan kios kami di Sepang.

“Perniagaan berkonsepkan trak ini sangat menguntungkan jika kena pada tempat dan jenis makanan yang dijual. Apa yang penting jangan mudah putus asa dan sentiasa mencari alternatif baru untuk menambat selera orang ramai dengan makanan yang kita jual,” katanya.

Mr. Crepes Truck

Meskipun tamat pengajian dalam bidang ijazah Seni Lukis dan Seni Reka di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam awal tahun lalu, Azim Nurhakim Mohd Taslim (Azim), 23, turut tidak melepaskan peluang memulakan perniagaan berkonsepkan trak makanan.

Azim berkata, awalnya dia bercadang membuka sebuah kafe, tetapi keluarga pula mencadangkannya memulakan perniagaan menggunakan trak walaupun lari daripada bidang pengajiannya. Berbekalkan modal RM40,000 hasil pinjaman daripada keluarga, Azim membeli sebuah trak makanan dan memulakan perniagaan yang diberi nama Mr. Crepes Truck.

“Pilihan makanan di Mr. Crepes Truck berkonsepkan Barat seperti ‘crepes’, paratha, ‘cheezy nachos’, bebola daging keju dan banyak lagi. Kebanyakan pelanggan akan mencari ‘paratha’ sebab intinya dipenuhi hirisan daging dan sayur-sayuran segar selain mengenyangkan. Selain itu, harga serendah RM6 hingga RM8 amat berpatutan bagi pelanggan kami.

“Hari ini pun, perniagaan sebegini dipelopori oleh anak muda Melayu dan ramai memilih membeli makanan yang dijual dari trak makanan. Saya tidak perlu fikir mengenai sewa bulanan dan fokus kepada penyelenggaraan trak saja. Walaupun saya meraih keuntungan kasar RM8,000 sebulan, saya masih meneruskan promosi memperkenalkan ‘food truck’ saya di Instagram (@mrcrepestruck) dan medium lain.

“Perancangan masa terdekat pula, saya akan membuka sebuah kafe di Cyberjaya bagi memudahkan dan memberi keselesaan kepada pelanggan saya untuk menikmati pelbagai jenis makanan kegemaran mereka dari Mr. Crepes Truck,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Artikel ini disiarkan pada :
Isnin, 11 January 2016 @ 10:48 AM - See more at: http://www.hmetro.com.my