Majlis perjumpaan dipengerusikan oleh penasihat kelab jabatan kejuruteraan mekanikal , encik Nor Hisham bin Sulaiman .
Pada Slot yang pertama , ucapan telah diberikan oleh Encik Mohamad Shahril Bin Ibrahim.
Antara isi ucapan (amanat) yang diberikan adalah :
- PERANAN PENASIHAT AKADEMIK :
- Membuat perjumpaan sekurang-kurangnya 1 kali seminggu
- Masalah pendaftaran kursus hendaklah sentiasa dirujuk kepada penasihat akademik kelas masing-masing.
- mengalakkan pelajar untuk menyertai aktiviti-aktiviti kelab pelajar.
- kelas boleh mengadakan aktiviti sendiri (minta sedikit peruntukkan daripada jabatan)
- ingatkan pelajar " datang politeknik untuk belajar , tolong berusaha dan tolong patuhi peraturan yang sedia ada"
- PERLIBATAN DIRI DALAM KURSUS .
- pelajar perlulah sentiasa menyertaikan kursus yang dibuat oleh jabatan .
- demi mendapatkan pengalaman tambahan
- antara kursus yang pernah diadakan adalah kursus ICOP yang telah diadakan pada semester-semester lepas.
- PELAJAR JKM BERPOTENSI DALAM MENDAPATKAN ANUGERAH
- antara anugerah yang pelajar berpotensi untuk meraih adalah anugerah jabatan dan anugerah menteri.
- selain daripada pencapaian akademik yang baik . perlibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti luar seperti menyertai SUKARELAWAN YES POLITEKNIK yang ditubuhkan oleh Jabatan hal ehwal pelajar (JHEP)
- dengan meningkatkan bilangan anugerah yang diterima oleh jabatan kejuruteraan mekanikal. jadi ia akan meningkatkan kecemerlangan jabatan kita sendiri.
- HARAPAN
- mengharapkan semua pensyarah dan wakil pelajar untuk naikkan semula nama JKM.
pada slot kedua , mantan KJKM-PMM , En Simmathiri A/L Applanaidu memberikan ucapan.
beliau menceritakan tentang pengalaman beliau baru sahaja balik dari Bali, Indonesia . disana terdapat satu sekolah yang mengamalkan gaya "green school" mereka tanam padi , masak sendiri dan bawa ke rumah mereka untuk dimakan . dirumah mereka juga menggunakan kayu dan daun-daun untuk membinakan . beliau mengharapkan daripada cerita pengalaman tersebut dengan harapkan JKM terus mengamalkan persekitaran hijau demi kesejahteraan bersama . beliau juga mengingatkan wakil pelajar bahawa belajar jangan target sampai diploma sahaja , tetapi biarlah sampai ke peringkat DOKTOR FALSAFAH . beliau akhiri ucapan beliau dengan ucapan " SEMOGA MAJU JAYA"
pada slot ketiga , En Gadaffi Bin Omar telah memberikan ucapan :
- JKM DAY
- beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada kelab jabatan kejuruteraan mekanikal kerana telah mengadakan JKM Day dengan jayanya .
- beliau juga memberitahu bahawa pensyarah hanya merancang program tetapi ianya takkan berjaya tanpa sokongan daripada pelajar jabatan sendiri
- MALAM PRA GRADUAN
- beliau memaklumkan bahawa Malam Pra Graduan (MPG) akan diadakan pada malam tersebut dan ia melibatkan pelajar semester 5 dan 6 sebelum mereka menamatkan pengajian di PMM
- PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER.
- peperiksaan akhir semester bagi sesi disember 2015 akan diadakan bermula 2 april 2016 sehingga 14 april 2016.
- jadual JKM dan JMSK telah ditampal di 3 bahagian utama ( papan kenyataan sebelah kanan sebelum masuk jabatan dari bengkel , bawah tangga utama & sudut informasi jabatan )
- keputusan rasmi akan diumumkan pada 10 MEI 2015
- jika pelajar tidak berpuas hati tentang keputusan peperiksaan akhir semester, bermula 10 mei 2016, selepas 14 hari berkerja , pelajar boleh buat rayuan . RM25/matapelajaran akan dikenakan untuk menyemak semula kertas peperiksaan. RM50 untuk rayuan GAGAL BERHENTI.
- HARAPAN
slot diteruskan dengan ucapan daripada Saudara Abdullah Khabir Bin Saharudin selaku , Presiden Mechanical Engineering Student Society .
- beliau memperkenalkan diri dan memaklumkan tentang tugas beliau sebagai president MESS dan juga Senator JKM.
- beliau juga telah memaklumkan tentang mengkonstrukan kembali Kelab Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dengan penjenamaan baharu . Kelab Jabatan Kejuruteraan Mekanikal kepada Mechnical Engineering Student Society (MESS).
- MESS membuka keahlian baharu , pelajar JKM digalakkan menyertai MESS , jika satu kelas mahu menyertai kelab jabatan pun kami tidak kesah . sebarang penyertaan sila merujuk kepada setiausaha MESS, saudari Noraisyah dari kelas DEM2A
- tujuan utama MESS adalah untuk meningkatkan kepercayaan pensyarah kepada pelajar jabatan untuk membuat program di peringkat jabatan .
slot yang dinantikan iaitu "Q&A session" dikendalikan oleh Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal . Para Wakil kelas diberikan peluang untuk memberikan soalan.
- APAKAH TINDAKAN YANG DIKENAKAN KEPADA PELAJAR YANG TIDAK MENYERTAI PROGRAM JABATAN ?
- mengingatkan pelajar bahawa mereka perlu sentiasa menyertai program jabatan sebagai sokongan kepada program jabatan.
- tindakan akan diberikan - pelajar akan diberkan kerja kebajikan (CSR) pada satu tarikh yang akan ditetapkan
- Perlaksanaan semula sistem merit kepada pelajar melalui Buku Log.
- PELAJAR DKM2C BELUM MENDAPATKAN BAJU KORPORAT POLITEKNIK . APAKAH PROSEDUR YANG PERLU DILAKUKAN ?
- Wakil pelajar DKM2C perlu berjumpa dengan Wakli Jabatan Koperasi (Puan Rosmawati)
- KECERIAAN JABATAN TIDAK MENARIK.
- KJKM PMM telah memaklumkan bahawa itu semua kerana unsur pembangunan
- TAMAN HERBA JKM- telah dibina atas inisiatif pensyarah JKM
- pensyarah perlukan sokongan pelajar untuk meningkatkan keceriaan jabatan.
- antara aktiviti terbaru yang telah diadakan untuk keceriaan adalah Explorace Gotong Royong yang telah diadakan pada JKM DAY yang lalu.
- MENGAPA MAKLUMAT PENILAIAN BERTERUSAN DI SPMP TIDAK LENGKAP?
- maklumat pernilaian berterusan (PB) adalah diatas kehendak pensyarah kursus tersebut untuk sama ada mahu memasukkan markah PB dalam PB tersebut atau tidak.
- jika pensyarah tidak memaklumkan markah PB , ia adalah strategi agar pelajar meningkatkan markah mereka dalam Peperiksaan Akhir .
- 30% program kursus tidak mencapaikan standart yang ditetapkan (markah peperiksaan akhir lagi tinggi daripada markah Penilaian Berterusan)
- ADA TAK KOUTA KAMSIS UNTUK JABATAN.
- tiada.
- kepada pelajar yang mahu kekal tinggal di kamsis , mereka perlu bergiat aktif dalam organisasi seperti Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) , Pembimbing rakan Siswa Politeknik (PRSP) , Jawatankuasa Penghuni Kolej Kediaman (JPKK) dan Jawatankuasa Pelajar Pusat Islam (JPPI)
- KENAPA PELAJAR YANG MENGAMBIL KURSUS DJM2012 TIDAK MEMBUAT PRAKTIKAL DAN BELAJAR TEORI SEMATA MATA ?
- EDM WIRE CUT - wire dah reput.
- EDM DIE SINKING - software dah corrupt
- CNC TURNING - dalam proses untuk setting semula sistem
- CNC MILLING - masalah piping dan software .
- kontrator mesin tersebut telah datang tengok dan rujuk kepada Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) untuk tindakan seterusnya .
- insyaALLAH , kepada pelajar yang pernah mengambil kursus DJM2012, andai semua mesin tersebut telah dibaiki . pelajar boleh datang untuk pelajari semula tentang mesin tersebut MENGIKUT WAKTU KELAPANGAN PENSYARAH BERKENAAN.
slot terakhir telah diisi oleh En Harman Bin Hassan , pensyarah JKM merangkap pegawai kebajikan di JHEP.
- FAIL PELAJAR .
- Penasihat Akademik perlu mengurus dan memegang fail pelajar .
- kepada pelajar yang ingin mengubah maklumat diri dari segi sejarah perubatan, permohonan bantuan kewangan serta slip bayaran (mesti ada salinan ) boleh rujuk kepada Penasihat Akademik kelas masing masing.
- Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M)
- pelajar yang menjalani Latihan Industri (LI) tidak boleh mengambil lagi BB1M
- pelajar semester 7,8,9 juga tidak boleh mengambil BB1M lagi
- pelajar diingatkan agar jangan berharap kerana ekonomi negara yang kurang memuaskan . berdoalah agar semua dapat BB1M
- majlis penyerahkan baucer telah diadakan dan diberikan kepada penasihat akademik JKM
ITU SAHAJA PERKONGSIAN TENTANG PERJUMPAAN BERSAMA KETUA JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL YANG BAHARU . HARAP KALIAN MENDAPAT BANYAK INFORMASI DARIPADA POST INI =)
0 comments:
Post a Comment