Photos

Tuesday, January 26, 2016

JKEs Day

     Assalamualaikum semua.. hai n evening.. maaf because lama xupdate. lately ni we are so busy and Theres some technical problems with our media. nak bagitahu yang Jabatan Kejuruteraan Elektrikal akan mengadakan JKEs Day! Lets take a look~
   Come and join them for 'jke day' pelbagai game yg menarik dan hadiah yang menanti seperti permainan bowling,b adminton, sukaneka, explorace,dan pelbagai game indoor dan outdoor. Untuk maklumat lanjut layari laman sosial mereka di instagram 'kkepmm' dan twitter 'kkepmm'serta bole berhubung terus dengan Senator JKE 0196304343-adam

Monday, January 18, 2016

Uitm Virus Shortcut Remover

     Hai semua, harini saya nak lakukan perkongsian pantas kepada anda semua. Admin terbaca yang sis pelajar JKM xtahu nak solve macammana sebab pendrive dia kene virus shortcut. Katanya esok ada presentation english dan file didalam pendrive itu perlu digunakan!
    Wokayhh.. apa-apa anda perlu download tools ni. Tools ni dinamakan uitm shortcut remover. Functionnya ialah boleh keluarkan semula file yang telah disorok oleh virus shortcut ni. Taktahulah kan budak uitm mana yang create remover ini. Tapi jikalau anda mengalami masalah diatas, pasti masalah akan dapat diselesaikan 100%. Tetapi anda juga disarankan untuk menginstall dan update antivirus terkini.
     Cara nak guna pun senang je.. nnti bila dah selesai download, sila terus buka je software uitm shortcut remover ini. Then, pilih target yang nak diremove samada dalam pendrive, harddisk atau PC itu sendiri. Lpstu tekan scan dan delete je.. nnti automatik file anda akan muncul seperti sediakala... mudah kan?? Kacang jelaaa.. selalunya abam2 n hakak2 MPP selalula guna bende ni.. gimintak je diorang, mesti dorang ada punya! budak2 IPT ramai kut dah tahu. Takpe, yang xtahu tu harini anda sudah pelajari benda baru. Tahniah buat diri anda. (^O^)
   Link download adalah yang tertera:-
https://www.mediafire.com/?hdloitao33mmftn

Jom Usahawan Muda JKM

     Assalamualaikum semua, ingat lagi x post tentang pencarian ushawan muda JKM yang ditangguhkan? Ehhh bukan ushawan.. bukan 'usha' ea.. tersilap tulis pulak..  tp Usahawan~ Usahawan Muda JKM. Pasti ramai yang kecewa tentang penangguhan yang lepas.. ramai jugak yang tanya kepada admin-admin.. "bila tarikh program itu ditunda?" "Betulke program ditunda?" kalini segala kemusykilan dan persoalan anda terjawab~
    Kalini nak bagitahu yang tarikh baru untuk temuduga telahpun ditetapkan.. Apalagi mari kita ramai-ramai memeriahkan temuduga ini.. kami tahu ramai pelajar JKM yang berbakat besar dalam bidang perniagaan, cuma mereka ini tidak menunjukkan diri dan melakukannya hanya disebalik tabir. kenapa tidak kita berkongsi kepada seluruh warga PMM ilmu dan pengalaman kita? Jom sama-sama kita melebarkan network perniagaan kita dan belajar pelbagai benda baru!

Details adalah seperti yang berikut:-

Tarikh: 29/01/2016

Jam: 3-5ptg

Tempat: BK4

Terbuka kepada semua pelajar sem1-hingga sem5.

    Untuk informasi lanjut, sila rujuk gambar dibawah. ~^O^~

Sunday, January 17, 2016

Isu Mahasiswa ‘usus terkoyak’

Isu ‘usus terkoyak’: Siswa makan nasi kosong berlauk perencah Maggi
             
Pelajar yang memerlukan makanan percuma berbaris panjang di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sumbangan makanan dianjurkan kumpulan Food for Mahasiswa (FFM), satu inisiatif pelajar undang-undang universiti ini.

Pelajar yang memerlukan makanan percuma berbaris panjang di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sumbangan makanan dianjurkan kumpulan Food for Mahasiswa (FFM), satu inisiatif pelajar undang-undang universiti ini.

KUALA LUMPUR, 9 Jan — “Saya tak terkejut sebab ada yang lebih teruk.

“Ada yang makan Maggi hari-hari. Dia akan makan Maggi kosong sehari satu bungkus tanpa perencah.

“Esoknya perencah yang disimpan itu ditabur untuk dimakan bersama nasi kosong, untuk 'survive' dan dapat jimatkan duit.

“Begitulah situasi teruk yang dihadapi mahasiswa untuk hidup,” kata pengasas bersama Food for Mahasiswa (FFM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Muhammad Khairul Farhan Mohd Rakbi.

Baginya, cerita mahasiswa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terpaksa ikat perut, didakwa sehingga boleh merosakkan usus, “bukan sesuatu yang asing.”

Malah, menurutnya, ramai lagi penuntut berdepan masalah sama kerana beban kos sara hidup yang semakin meningkat walau menerima biasiswa dan meminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Di laman Facebook kumpulan kebajikan ini, yang menyediakan makanan percuma kepada 300 pelajar, tertera satu nota bertulisan tangan.

Nota berdakwat biru itu menceritakan seorang pelajar yang mendakwa tidak makan selama tiga hari terpaksa mengambil wang derma masjid sebanyak RM7.85 untuk mencari sesuap nasi.

Jika ada rakan rakan UKM lain yang mengalami masalah sama seperti rakan kita di dalam gambar ni, mohon maklumkan...

Begitu nasib melarat di kampus-kampus tempatan akibat kenaikan kos sara hidup.

Khairul Farhan, 25, berkata ada juga keadaan mahasiswa yang tidak layak mendapat bantuan kerana pendapatan ibu bapa yang tinggi.

Namun pelajar itu menghadapi masalah keluarga menyebabkannya terabai dari segi kewangan.

“Pada saya ia bukan isu PTPTN cukup atau tidak. Ada orang berdepan dengan masalah yang kadang-kadang tak boleh nak dielakkan apabila melibatkan kewangan,” katanya kepada ProjekMMO.

Akhbar Harian Metro semalam melaporkan keluhan pelajar sarjana muda psikologi UKM yang sering mengikat perut kerana kesempitan wang sehingga “ususnya tercedera.”

Mahasiswa dari Sabah itu mendakwa duitnya hanya tinggal RM150 selepas pinjaman PTPTN berjumlah RM3,000 bagi satu semester habis diguna untuk membayar yuran.

Wang itu juga digunakan melunaskan hutang kawannya RM1,000 ketika persiapan memasuki universiti.

Laporan itu juga menyebut seorang pelajar tahun pertama ijazah komunikasi kerap ponteng kelas kerana sering mengalami gastrik selepas mengikat perut akibat terlalu berjimat, berbelanja hanya RM30 seminggu untuk makan minum dan pembelian buku nota.

Berdepan kemelut itu, Khairul Farhan mencadangkan pinjaman kerajaan kepada mahasiswa disemak kembali.

“Mungkin jumlah pemberian biasiswa dan PTPTN sudah tidak lagi cukup untuk menampung kos sara hidup yang semakin tahun semakin tinggi.

“Saya rasa jumlah peruntukan yang disediakan kerajaan perlu dinilai semula,” kata graduan sarjana muda undang-undang UKM itu.

Mengulas tentang harga makanan di kafe kampus yang dilapor semakin mahal, katanya, perkara itu tidak dapat dielakkan kerana harga barang yang tinggi dan kelangsungan perniagaan.

“Harga kafe sudah sama dengan harga restoran luar. Kami tidak salahkan kafe sebab kita tahu mereka pun buat bisnes,” katanya.

Baru-baru ini, kaji selidik pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM) mendapati 57 peratus mahasiswa hanya memperuntukkan RM5 sehari untuk makanan.

Sebanyak 41 peratus hanya makan mi segera manakala 44 peratus hanya makan “nasi bujang.”

Kajian yang dibuat badan bukan kerajaan (NGO) itu melibatkan 25,632 mahasiswa di enam IPTA.

Tinjaun dibuat di kalangan pelajar-pelajar Universiti Tekonologi Mara (UiTM), Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), dan UKM.

Kajian juga mendapati 96 peratus, atau 24,720 mahasiswa, terbeban dengan keadaan ekonomi semasa dan 74 peratus (18,765) pernah berada dalam situasi tidak berduit untuk makan.

Sumber : http://m.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/isu-usus-terkoyak-siswa-makan-nasi-kosong-berlauk-perencah-maggi

Saturday, January 16, 2016

Kelab JKM jom~

Assalamualaikum semua, harap hari minggu anda dipenuhi dengan perkara-perkara yang berfaedah. Jangan lupa curi masa untuk majukan akademik anda. Rasanya ramai dah lalui kuiz pertama setiap kursus yang diambil sem ini. Jangan last-minute study yer. Memang ada pendapat yang mengatakan last-minute study itu bagus, tapi why not kita x bersedia awal? Nnti org lain study last-minute, kita tidur je kroh-kroh terbungkang.. Hehe~
    Post kalini nak menyeru kepada pelajar-pelajar JKM untuk menyertai Kelab Jabatan. Bantu kami dalam memajukan Jabatan kita sendiri. Jika anda lihat kekurangan yang boleh diperbaiki why not maju kehadapan and show yourself and put on some effort for our department! ^,^ ok-Lah, if you are interested to join us, let me know ya on 017-7332293 - Khabir

Thursday, January 14, 2016

Sunnah Berniaga

Kenapa nabi s.a.w berniaga?

Sunnah? Nak kaya?

Nak tahu kenapa Islam menggalakkan umatnya berniaga?

Bukan sebab nak kaya. Tetapi sebab berniaga itu adalah suatu tarbiyyah. Tarbiyyah tentang kehidupan, kemudian mendekatkan diri menuju Tuhan.

Nabi s.a.w berniaga di usianya muda. Di usia 20 an. Dan nyata pada usia itu baginda masih belum dilantik menjadi Rasul. Jadi jelasnya kerja2 dakwah baginda tidak dibuat secara terang.

Orang yg berniaga ini tawakkal mereka sebenarnya lebih tinggi. Sebab mereka tidak tahu bila rezeki dalam berbentuk wang akan dapat. Mereka hanya akan buat kerja dan terus usaha. Dan tawakkal mereka mutlak pada Allah taala sahaja.

Kemudian apa?

Kemudian dalam berniaga mereka akan berjumpa dan melihat pelbagai ragam manusia, mereka akan kenal ramai orang ternama dan biasa. Disini dalam konteks dakwah, nabi s.a.w akan belajar bagaimana untuk melihat ragam manusia dalam usaha dakwahnya sesudah dilantik menjadi rasul.

Kemudian lagi apa?

Ukhwah dan silaturrahim. Mereka akan kenal banyak orang baru dalam hidup mereka. Baik islam mahupun bukan Islam. Dan ukhwah akan terjalin, atas asbab perniagaan. Sebab itu dalam berniaga perkara pokok yg perlu dijaga ialah ' good contact ', masyarakat cina sangat menjaga hubungan ' good contact ' mereka. Dalam konteks dakwah nabi s.a.w, ' good contact ' digunakan dalam usaha dakwah baginda kelak. Mereka akan melihat keluhuran dan kejujuran baginda. Jika produk yg di bawa itu adalah dari buatan manusia pun sudah dijual dgn jujur, pastilah produk dari langit juga akan disampaikan dgn jujur. Apa produl itu? Iman dan Islam.

Kemudian pula apa lagi?

Berniaga akan bawa diri kita merentas pelbagai medan seantero dunia. Dengan berniaga kita akan melihat kepelbagaian budaya, dan akan terhasil idea untuk mnghasilkan produk yg terbaik. Contohnya goreng pisang cheese. Produk itu sudah lama wujud di Indonesia, kemudian dicipta dan dijual di Malaysia.Dan dalam konteks dakwah nabi s.a.w, baginda kerap berdagang kesana kemari, dan melihat kepelbagaian ragam manusia. Sewaktu muda, baginda menimba pengalaman bercampur pelbagai golongan manusia. Baginda tidak menilai manusia dari luaran. Sebab itulah dakwah baginda sampai ke setiap lapisan masyarakat. Tua dan muda, miskin dan kaya, hamba dan raja, lelaki dan wanita.

Perniagaan adalah satu tarbiyyah terbaik. Terbaik untuk mendidik jiwa anda dan belajar matlamat asala kehidupan. Perasaan tawakkal dan syukur paling banyak dalam jiwa orang yg berniaga.

Ramai antara kita membaca kisah sesudah nabi s.a.w menjadi rasul iaitu diusia baginda 40 tahun. Namun ramai yg tidak tahu apa yg baginda buat sewaktu usia muda.

Ketahuilah, baginda bukan duduk bersahaja. Baginda ditarbiyyah pelbagai cara. Salah satunya jalan perniagaan. Baginda bercampur dengan pelbagai jenis manusia untuk belajar mengenali umatnya. Baginda merantau untuk  mendekati kepelbagaian manusia.

Oleh itu, sunnah dalam perniagaan bukanlah mesti kaya. Kerana sunnah dalam perniagaan adalah tarbiyyah diri untuk menjadi hamba. Itulah cara Tuhan mengajar manusia.

Tingkatkan dalam hati rasa syukur dan tawakkal.

Sekiranya berniaga untuk kaya, maka tak perlu berniaga. Kerana berniga nak kaya itu adalah kesilapan pertama.

Tetapi sekiranya berniaga untuk mencari nafkah dan berbakti memberi manfaat pada umat manusia, itulah matlamat asal perniagaan dalam agama.

Lupakah kalian pada sabda baginda, bahawa sebaik baik umat nabi saw adalah yg memberi manfaat pada mukmin yg lain?

Sebenarnya konsep berniaga adalah memberi manfaat. Dan bukan nak kaya.

Berapa usia kita?

Contohi nabi s.a.w di usia kita.

Barulah ianya dipanggil mengikut sunnah.

Nak sayang nabi s.a.w? Kena tiru nabi s.a.w.

Sebab itu berniaga kena pegang 2 benda. Jangan malu dan jangan putus asa. Sebab dakwah juga tidak boleh malu dan putus asa. Barulah ia sunnah.

Aku juga pernah berputus asa berniaga. Tapi aku belajar rasa sakitnya jatuh, supaya kelak aku faham nikmatnya bangkit.

Sunnah itu bukan pada jubah, makanan atau pakaian.

Tetapi sunnah pada perlaksanaan.

Wallaahua'lam.

Sumber : Whatsapp

Wednesday, January 13, 2016

Kios Niaga Kamsis

        Assalamualaikum semua.. mesti pernah duduk kamsis kan semua masa sem1? rasanya maggi adalah makanan utama bagi pelajar jika tinggal di kamsis.. yerlahkan.. masa nak keluar masuk asrama pun ada had. Mana boleh sesukahati keluar masuk macam rumah kita sendiri kan. Lagipun warden penat jaga kita 24jam kat asrama.. So, kita mestilah menghargai pengorbanan mereka! ^^)_Y
            Dengar khabar, majoriti sem6 warga JKM dan barisan JPKK membuka kios makanan di kamsis bersebelahan kafe. Ia adalah kerana mereka mengikuti kursus entrepeneurship pada semester akhir. Mereka juga menawarkan ruang niaga untuk anda! Anda semua memang bertuah~ Usaha mereka untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya sememangnya AWESOME~ :)  Banyak juadah makanan yang dijual hampir setiap malam kecuali Jumaat, Sabtu dan Ahad. Mari lihat iklan mereka di bawah:-

ANDA LAPAR SEMASA BERADA DI KAMSIS PMM PADA WAKTU MALAM???
INGIN BERNIAGA DI KAWASAN BERHAMPIRAN KAMSIS PMM???
Kami ada penyelesaiannya !!!
Kami menyediakan beberapa menu makanan di waktu malam berhampiran kamsis PMM.
Kami juga menyediakan perkhidmatan sewaan tapak gerai dan khemah kanopi bagi yang berminat untuk berniaga.
Antara menu yang kami sediakan ialah:
1. Murtabak Maggi
2. Roti John
3. Karipap GERGASI
4. Keropok pelbagai
5. DAN LAIN-LAIN LAGI
Kami menyediakan Perkhidmatan seperti :
1. Khemah 10*10 kaki
2. Tapak gerai berhampiran kamsis PMM
Sekiranya berminat dengan juadah dan perkhidmatan yang kami sediakan,
Sila hubungi pihak berkenaan bagi sebarang pertanyaan,
017-354 1097 (Hazwan)
017-250 7265 (Ridzad)

Sumber Iklan : www.facebook.com/mpp.politeknikmerlimau/

JKM's Apprentice Ditunda

   Assalamualaikum guys.. Nak bagitahu tentang post sebelum ini. Ia adalah tentang audition perintis muda JKM yang akan diadakan pada keesokan hari.
    Dukacita dimaklumkan bahawa temuduga pada esok hari telah ditunda ke tarikh lain atas sebab faktor-faktor yang tertentu. Tarikh tunda akan di beritahu kemudian. Inshaallah kami akan update di dalam blog ya nanti.
    Stay tuned guys.. Dah tahu dah ramai yang xsabar nak pergi dan belajar perkara baru. Xpe.. Sabar ya semua.. sabar itukan separuh daripada iman.. ☺

Tuesday, January 12, 2016

JKM's Apprentice

   Hai semua, harap hari anda harini lebih baik daripada hari semalam dan hari yang akan datang lebih baik daripada hari yang sebelumnya..☺
      Sudah lihat post berita sebelum ini? FATIN FARHANA JAPRE selami dunia perniagaan tiga anak muda yang berkonsepkan perniagaan trak makanan. Hebat betulkan mereka! Sudah memiliki perniagaan sendiri dan bisnesnya pula diinovasi dengan gaya yang tersendiri. Org cakap mmg 'RARE'-Lah.       

    Rasanya pelajar JKM juga ramai yang berbisnes dan bekerja sendiri. Its really good. Bisnes-bisnes jugak, belajar jangan diabaikan.. Pernahlah jugak dengar ada pelajar JKM yang hebat dalam bisnes minyak wangi, cenderamata, phytoscience, emas, dan toneexcel toneplus. Anda sememangnya usahawan yang hebat. ☺Okaylah, Nak calling all pelajar JKM yang minat dalam bidang automotif dan keusahawanan, 15hb ini akan diadakan ujibakat pencarian perintis baru bagi JKM. Detailsnya adalah seperti berikut:-
-Terbuka kepada pelajar Sem1- Sem5
-Tarikh: 15Januari 2016
-Sesi 1: 9pagi hingga 12tengahari
-Sesi 2: 3petang hingga 5 petang

Bisnes Makanan Cara Berbeza

FATIN FARHANA JAPRE selami dunia perniagaan tiga anak muda yang berkonsepkan trak makanan untuk raih rezeki lumayan.

Pada masa kini, terdapat pelbagai jenis trak makanan seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Tinjauan penulis mendapati remaja golongan yang paling ramai berniaga menggunakan konsep trak. Ada yang menjual makanan, jus buah-buahan dan pelbagai makanan unik yang menarik perhatian ramai.

Keuntungan berlipat ganda selain tidak perlu membayar sewa tapak setiap bulan menyebabkan ramai mengambil peluang berniaga berkonsepkan trak sebagai alternatif.

Justeru, tidak hairanlah apabila ada segelintir remaja berkerjaya sanggup berhenti kerja dan memberi tumpuan sepenuh masa terhadap perniagaan trak makanan ini.

Ikuti temu bual penulis bersama tiga anak muda yang sudah menembusi perniagaan berkonsepkan ‘trak makanan’ ini.

Chingunara Cafe

Pengembaraan dua gadis ke Korea Selatan memberi inspirasi kepada mereka berniaga wafel berkonsepkan trak makanan. Hasil perbincangan awal tahun lalu, Nurliyana Mohammad Sanusi, 25, dan Nor Bayzura Mhd Hatta, 25, menjadi rakan kongsi berniaga secara kecil-kecilan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Perdana, Shah Alam dengan khemah kecil.

Sambutan luar biasa daripada pelajar terhadap wafel pelbagai perisa menarik olahan dua sahabat ini menyebabkan mereka mengambil langkah seterusnya. Bermodalkan pinjaman RM50,000 daripada ahli keluarga, mereka membeli sebuah lori secara tunai untuk menaik taraf Chingunara Cafe.

Menurut Nurliyana, nama Chingu bermaksud kawan dalam bahasa Korea manakala Nara gabungan namanya dan Zura.

Bukan itu saja, makanan yang dijual mereka juga berkonsepkan ala Korea. Penulis juga diberi peluang merasai kombo wafel empat ‘topping’ iaitu karamel pisang, strawberi coklat, nutella, ‘whipped cream oreo’. Rasanya memang unik dan sedap!

“Kami ada pelbagai jenis perisa jus buah-buahan, wafel dan ‘crepe’ antaranya Nutella, pisang dan ‘crepe’ buah-buahan. Paling laris setakat ini ialah wafel karamel pisang sebab rasanya yang tidak terlalu manis. Kena cuba dulu baru tahu sedap atau tidak kerana semua makanan ini resipi olahan kami sendiri. Selain itu, harga yang ditetapkan serendah RM4 dan tiada di tempat lain.

“Dari segi promosi pula kami akan memuat naik gambar menu terbaru dan kawasan kami berniaga setiap hari di laman sosial Facebook atau Instagram (@chingunaracafe). Lokasi kami berniaga selalunya di Taman Sri Puteri, Meru, Klang berhadapan rumah selain mempunyai sebuah kios di Sepang. Chingunara Cafe juga turut dibuka di acara keramaian seperti festival makanan di Dataran Merdeka dan banyak lagi,” katanya.

Kata Nor Bayzura pula, banyak cabaran yang perlu mereka tempuh untuk sampai ke tahap ini. Pernah pada awal pembukaan Chingunara Cafe mereka hanya meraih keuntungan RM16 sehari, namun mereka tetap meneruskan usaha untuk memperkenalkan Chingunara Cafe sehingga dikenali ramai hari ini.

“Alhamdulillah, usaha kami memberi rezeki berlipat ganda apabila dalam sebulan kami boleh meraih keuntungan kasar sebanyak RM15,000. Kami juga menggaji pekerja untuk mengendalikan trak makanan dan kios kami di Sepang.

“Perniagaan berkonsepkan trak ini sangat menguntungkan jika kena pada tempat dan jenis makanan yang dijual. Apa yang penting jangan mudah putus asa dan sentiasa mencari alternatif baru untuk menambat selera orang ramai dengan makanan yang kita jual,” katanya.

Mr. Crepes Truck

Meskipun tamat pengajian dalam bidang ijazah Seni Lukis dan Seni Reka di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam awal tahun lalu, Azim Nurhakim Mohd Taslim (Azim), 23, turut tidak melepaskan peluang memulakan perniagaan berkonsepkan trak makanan.

Azim berkata, awalnya dia bercadang membuka sebuah kafe, tetapi keluarga pula mencadangkannya memulakan perniagaan menggunakan trak walaupun lari daripada bidang pengajiannya. Berbekalkan modal RM40,000 hasil pinjaman daripada keluarga, Azim membeli sebuah trak makanan dan memulakan perniagaan yang diberi nama Mr. Crepes Truck.

“Pilihan makanan di Mr. Crepes Truck berkonsepkan Barat seperti ‘crepes’, paratha, ‘cheezy nachos’, bebola daging keju dan banyak lagi. Kebanyakan pelanggan akan mencari ‘paratha’ sebab intinya dipenuhi hirisan daging dan sayur-sayuran segar selain mengenyangkan. Selain itu, harga serendah RM6 hingga RM8 amat berpatutan bagi pelanggan kami.

“Hari ini pun, perniagaan sebegini dipelopori oleh anak muda Melayu dan ramai memilih membeli makanan yang dijual dari trak makanan. Saya tidak perlu fikir mengenai sewa bulanan dan fokus kepada penyelenggaraan trak saja. Walaupun saya meraih keuntungan kasar RM8,000 sebulan, saya masih meneruskan promosi memperkenalkan ‘food truck’ saya di Instagram (@mrcrepestruck) dan medium lain.

“Perancangan masa terdekat pula, saya akan membuka sebuah kafe di Cyberjaya bagi memudahkan dan memberi keselesaan kepada pelanggan saya untuk menikmati pelbagai jenis makanan kegemaran mereka dari Mr. Crepes Truck,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Artikel ini disiarkan pada :
Isnin, 11 January 2016 @ 10:48 AM - See more at: http://www.hmetro.com.my

Sunday, January 10, 2016

Pelajar dinasihat berdikari, bersuara bila ada masalah

Isu sara diri pelajar IPT: Pelajar dinasihat berdikari, bersuara bila ada masalah

  Dua tiga hari ini, keluhan pelajar institusi pengajian tinggi tentang kos sara diri semakin mendapat perhatian.

Ia adalah susulan laporan Harian Metro tentang pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mengalami kesukaran untuk menyara kehidupan seharian sehingga menjejaskan kesihatannya.

Pelbagai reaksi netizen dapat dilihat berhubung isu ini. Seorang pengguna Facebook dengan nama Roslan Ab Hamid berpendapat, pelajar yang mengalami masalah kewangan seharusnya peka dengan situasi diri sendiri dan bersuara agar masalah mereka diketahui.


VIRAL IKAT PERUT..Banyak sungguh komentar tentang pelajar Psikologi tahun satu dari Sabah yang ikat perut sampai...
Posted by Roslan Ab Hamid 

Dalam masa yang sama, pelajar juga perlu melakukan sesuatu untuk mengeluarkan diri mereka dari masalah, seperti melakukan pekerjaan secara separuh masa.

Cerita Roslan, premis perniagaan di dalam kampus juga ada yang sedia menerima pelajar sebagai pekerja, namun tiada yang datang memohon.

Roslan menjadikan pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) sebagai contoh dan menyifatkan mereka berdikari kerana ramai di kalangan mereka yang bekerja separuh masa.

Manakala seorang lagi pengguna Facebook, Khairul Muhaimin Muhammad, berkongsi beberapa idea yang boleh dipraktikkan pelajar IPT untuk mengelakkan daripada masalah sedemikian.

Pelajar Universiti Koyak Usus Akibat Berlapar. Ya Tuhan. Begitu sekali kau orang berlapar.Begini adik adik, abang tadi...
Posted by Khairul Hakimin Muhammad 

Antaranya, berniaga atas talian, menjual buku atau nota yang sudah tidak digunakan, dan membuka perkhidmatan percetakan di asrama.

Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Pengajian Tinggi dilaporkan sudah menjalankan siasatan dan akan memulakan usaha untuk mengesan pelajar yang mengalami masalah kewangan di IPT.
Sumber: Astro Awani, 10 Januari 2016


Snake Showcase

     Hai brotha and sisto, harini publish post dua kali dan mungkin berkali-kali. Maklumlah makin banyak program yang sedang berlaku dan akan berlaku di Politeknik Merlimau kita ini... Nak tanya ni, siapa yang masuk kelab mesra alam sem lepas? kalau ya, anda pasti masih teringat snake showcase yang diadakan sem lepas dengan gabungan kelab mesra alam. Showcase tersebut dikelolakan oleh Melaka Snake Bites Association.

     Sebenarnya nak bagitahu tentang Snake Showcase yang akan diadakan secara eksklusif! Ia juga bakal dianjurkan oleh DHF4B bersama Kelab Mesra Alam dikelolakan oleh Melaka Snake Bites Association. Selalunya kita lihat ular di dalam kaca televisyen saja kan. Tapi kali ini kita akan berhadapan dengan ular depan mata kepala kita sendiri. Secara LIVE~ Sem lepas rakan-rakan seperjuangan kelab mesra alam sangat teruja sehingga berebut-rebut nak ambil gambar. Mana tak teruja kan dapat pegang ular sawa batik der.. bukan senang nak jumpa..

   Oklah,Detailsnya adalah seperti berikut:-


SNAKE SHOWCASE
Venue: Dewan Platinum PMM
Anjuran: DHF4B & Kelab Mesra Alam
Antara Aktiviti yang diajalankan: 1) Taklimat berkenaan ular dan haiwan berbisa
                                                       2) Demonstrasi bersama ular
                                                       3) Fotografi bersama ular
Harga Masuk: RM5 sahaja (Limited seats only)
Performer: Malacca Snake Bite

Borang penyertaan boleh didapati dari:
Ihsan               -011-230 67623
Daniel             -017-670 1822
Tan Siew Mei -023-380 4583

     Kalau nak berkenalan dengan club mereka, boleh layari page facebook mereka disini --> www.facebook.com/malaccasnakebites . Ok guys, apa tunggu lagi, book ur place. Bila lagi lah kan nak bersesi bersama ular secara close-up. :D

Pmm Color Run 2016

    Hai semua, bagaimana hari minggu anda? Harapnya hari minggu ada diisi dengan perkara-perkara yang bermanfaat.. Kalau ada yang rasa hari biasa xdapat beriadah, jadi gunakanlah hari minggu anda untuk beriadah.. Barulah Badan Cergas Otak Cerdas! (^v^)
    Haaaa... Berkenaan riadah, xlama lagi akan ada program larian yang akan diadakan khusus kepada warga JPH. So why not pelajar JKM turut serta sekali???  detailsnya adalah seperti berikut:-


PMM COLOR RUN 2016

-Pelajar semester 1 dan semester 2 JPH adalah diwajibkan.
-Penglibatan Pelajar semester lain adalah amat di galakkan untuk turut sama dalam Program PMM COLOR RUN 2016.

Tarikh: 27 Februari 2016
Hari: sabtu
Tempat : PMM MALL, POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA.

Jarak larian: 7 km
Bayaran penyertaan: RM 35.

Peserta akan menerima:

1. Race kit - color run tshirt & Bib
2. Finisher Bag: finisher medal + sijil penyertaan+ mineral water + bun

Sebarang maklumat sila hubungi:
Twitter: @pmmcolourrun
Instagram: pmmcolor_run

Fadlina: 013 6840964

Hadiah pagi pemenang @pmmcolourrun nnt:
Champion: RM300 + Medal + Hamper
2nd Place: RM200 + Medal + Hamper
3nd Place: RM100 + Medal + Hamper   

     Wahhh berbaloi sungguh lah kan dengan RM35 kita dapat berlari with tshirt, bib, finisher medal, sijil penyertaan, roti & air.. Menang dapat tiga ratus ringgit brotha n sisto.. Kami percaya pelajar-pelajar JKM sudah lama tunggu untuk tunjuk bakat dalam larian, dan tidak ada medium yg diwujudkan, jadi jangan lepaskan peluang anda~ jom lari!

Wednesday, January 6, 2016

Pengenalan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PMM

         Hai semua, hari ini kami akan menceritakan sedikit tentang Jabatan Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Merlimau Melaka. Kami sediakan khas buat mereka yang masih bingung memilih IPT mana untuk menyambung pelajaran dalam bidang kejuruteraan mekanikal.


   Jabatan Kejuruteraan Mekanikal ialah jabatan yang menawarkan kursus-kursus dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal. Mata pelajaran teras kejuruteraan mekanikal yan dikelolakan jabatan ini. Pelajar-pelajar yang membuat pengkhususan dalam bidang-bidang tertentu perlu mengambil mata pelajaran pengkhususan dalam mengikuti bidang tersebut. Dengan pengetahuan asas yang kuat dalam bidang kejuruteraan mekanikal serta pengalaman dalam menjalani amali, para pelajar diharapkan dapat berkhidmat dan memberi sumbangan berguna dalam bidang diceburinya apabila tamat pengajian kelak.

Program yang ditawarkan:-

1) Certificate in Mechanical Engineering SKM
2) Diploma in Mechanical Engineering-General (DKM)
3) Diploma in Mechatronic Engineering (DEM)
4) Diploma in Mechanical Engineering (Manufacturing)

Kemudahan yang disedakan :-

1)   Mechanics of Machine Laboratory
2)   Fitting and Machining Workshop
3)   Welding and Metal Fabrication Workshop
4)   Foundry Workshop
5)   Cacam Workshop
6)   Plant Workshop
7)   Control Laboratory
8)   Metrology Laboratory
9)   Metallurgy Laboratory
10) Material Testing Laboratory
11) Lecturer Room
12) Classroom
13) Lecture Hall

Source :- http://www.pmm.edu.my/

Tuesday, January 5, 2016

Perkhidmatan Car Wash Qu Bersih

    Assalamualaikum and Hai again warga PMM.., Today is hari Rabu, mesti ramai yang sedang bersiap sedia untuk ke Kelas KOKU pada petang ini lagi-lagi pelajar semester satu, dua, dan tiga. Yerlah, Koku adalah program wajib yang mesti diambil bagi sem 1 hingga 3.. Tapi rasanya ada lagi sem lain yang masih berKoku. Mesti malas nak pergi kelas pada sem lepas ni.. itulah kene repeat Koku.. dah menyusahkan hari rabu anda..

     Hari ini kita nak bercerita tentang perkhidmatan Car Wash (QU BERSIH) di kawasan lapang USKK.. tahu tak apa itu USKK? what is USKK stands for? USKK itu adalah Unit Sukan Kesenian dan Kebudayaan... Ala.. yang warna hijau tu la.. pelajar yang sedang ambil Koku tahula.. hihi~ Btw, Perkhidmatan ini dijalankan oleh kelas DHF4! Mereka juga akan mengadakan program 'Kitar Semula' dan jualan 'Preloved'.. Details adalah seperti yang berikut:-

Tarikh : 07/01/2016
Masa   : 8.00 a.m. - 12.00 p.m.
Sebarang pertanyaan sila hubungi tertera:-
01136086874- Iqbal
0172299446  - Aisyah

#Support us from DHF4B
#PoliteknikMerlimau
#StudentAndStaff
#QU BERSIH, QU BERSIH, BARULAH BERSIH...

Jangan lupa guys.. bawa kereta anda pada esok hari !~

Monday, January 4, 2016

Mari Nasyid bersama Inteam

    Assalamualaikum guys.. Bagaimana pelajaran anda pada minggu ini? Subjek susah? Usah khuwatir.. Cuba cari jalan penyelesaiannya.. Xfaham tanya okay., tanya orang sebelah, tanya orang depan, belakang, kiri, kanan, tanya kawan, tanya pensyarah. Malu bertanya sesat jalan!
 
    Ok-Lah, post kalini nak seru kita semua untuk hadir program yang berikut.. program yang ditunggu-tunggu sebahagian pelajar Politeknik Merlimau Melaka.

Program: Konsert Cinta Rasul
Masa: 9 malam
Hari: Khamis
Tarik: 14 Jan 2016
Tempat: Dewan Platinum

In shaa allah bersempena dengan Perasmian Festival Pusat Islam (FPI) Pusat Islam An Nur akan menganjurkan  Konsert Cinta Rasul bersama Inteam

Ticket konsert boleh dibeli dari mana mana ahli JPPI ye  Harga bagi pembelian tiket adalah seperti berikut

Staff & Pelajar luar: RM 3
Pelajar kamsis: RM 2

Pakat bagi tau kawan kawan yee

Datang jangan tak datang

Syukran

Ada yang tak tahu mana nak dapatkan tiket? Maka rajinkanlah kaki anda ke Pusat Islam untuk mencari rakan-rakan JPPI kita.. Boleh lihat carta organisasi mereka di Pusat Islam.. Jangan tanya plak Pusat Islam kat mana yerrr.. , ask them for ticket! Malu bertanya sesat jalan bro & sisto~

Sunday, January 3, 2016

Pilihanraya Kampus Disember 2015

      Hai semua warga JKM. :) Tahniah kerana anda telah berjaya membuang undi bagi pilihanraya kampus pada tahun ini terutama sekali bagi kerusi umum dan kerusi jabatan mekanikal. Barisan MPP bagi sesi 2015/2016 sudah pun terjawab.. Terima Kasih diucapkan kepada pengundi-pengundi dan tidak lupa juga kepada Urusetia Pilihanraya yang terdiri daripada Pembimbing Rakan Siswa Politeknik Merlimau Melaka (PRSP) yang bertungkus lumus dari pagi hingga ke petang untuk mengawal pelajar dan menguruskan pilihanraya kali ini.


        Bagaimanakah perasaan anda ketika mengundi? tahu ke cara nak undi? Kebiasaanya, untuk kerusi umum, ada 10 Calon yang bertanding, dan anda dikehendaki untuk pangkah tujuh orang calon manakala kerusi jabatan pula hanya empat calon sahaja. Kalau anda buat sebaliknya iaitu pangkah lebih daripada yang dikehendaki, pangkah sedikit daripada yang dikehendaki, conteng-conteng, pangkah cerca-merba, pasti undian anda tidak akan dikira! Maka undian anda tidaklah tersenarai didalam statistik sebenar... Sia-sia je pergi mengundi kan.. 

    Okay mari kita berbicara tentang Kerusi Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, siapakah calon yang mendapat tempat empat keatas? Berapa ramai jumlah lelaki? berapa ramai jumlah perempuan? Ok, mari kita mengamati video yang telah disediakan dibawah yang disediakan khas untuk pembaca blog ceriterajkm!

       
     Pilihanraya kali ini bagi kerusi jabatan sangat sengit, menampilkan tiga orang calon lelaki dan empat orang calon perempuan. Pada Pilihanraya yang lepas, Kerusi Jabatan dimenangi oleh tiga calon lelaki dan seorang calon perempuan. Hal ini berbeza dengan pilihanraya kali ini kerana Kerusi Jabatan dimenangi oleh tiga calon perempuan dan seorang calon lelaki sahaja. Kerusi Jabatan didominasi oleh wanita! Berikut adalah keputusan terperinci Calon-calon yang menang di kerusi Jabatan Mekanikal

      1st Runner-Up  : Noorain Shafinaz Bte Subahir                       (Diploma in Mechatronic)
      Jumlah Undi     : 353 undian

      2nd Runner-Up : Haizatul Norisha Bte Amiruddin              (Diploma in Mechanical Engineering)
      Jumlah Undi     : 289 undian

      3rd Runner-Up : Muhammad Saiful Azmil Bin Abd Rahman  (Diploma in Mechatronic)
      Jumlah Undi     : 286 undian

      4th Runner-Up  : Nur Damia Aribah Bte Mohammad Soriani (Diploma in Mechanical Engineering)
      Jumlah Undi     : 272 undian