Photos

Sunday, January 3, 2016

Pilihanraya Kampus Disember 2015

      Hai semua warga JKM. :) Tahniah kerana anda telah berjaya membuang undi bagi pilihanraya kampus pada tahun ini terutama sekali bagi kerusi umum dan kerusi jabatan mekanikal. Barisan MPP bagi sesi 2015/2016 sudah pun terjawab.. Terima Kasih diucapkan kepada pengundi-pengundi dan tidak lupa juga kepada Urusetia Pilihanraya yang terdiri daripada Pembimbing Rakan Siswa Politeknik Merlimau Melaka (PRSP) yang bertungkus lumus dari pagi hingga ke petang untuk mengawal pelajar dan menguruskan pilihanraya kali ini.


        Bagaimanakah perasaan anda ketika mengundi? tahu ke cara nak undi? Kebiasaanya, untuk kerusi umum, ada 10 Calon yang bertanding, dan anda dikehendaki untuk pangkah tujuh orang calon manakala kerusi jabatan pula hanya empat calon sahaja. Kalau anda buat sebaliknya iaitu pangkah lebih daripada yang dikehendaki, pangkah sedikit daripada yang dikehendaki, conteng-conteng, pangkah cerca-merba, pasti undian anda tidak akan dikira! Maka undian anda tidaklah tersenarai didalam statistik sebenar... Sia-sia je pergi mengundi kan.. 

    Okay mari kita berbicara tentang Kerusi Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, siapakah calon yang mendapat tempat empat keatas? Berapa ramai jumlah lelaki? berapa ramai jumlah perempuan? Ok, mari kita mengamati video yang telah disediakan dibawah yang disediakan khas untuk pembaca blog ceriterajkm!

       
     Pilihanraya kali ini bagi kerusi jabatan sangat sengit, menampilkan tiga orang calon lelaki dan empat orang calon perempuan. Pada Pilihanraya yang lepas, Kerusi Jabatan dimenangi oleh tiga calon lelaki dan seorang calon perempuan. Hal ini berbeza dengan pilihanraya kali ini kerana Kerusi Jabatan dimenangi oleh tiga calon perempuan dan seorang calon lelaki sahaja. Kerusi Jabatan didominasi oleh wanita! Berikut adalah keputusan terperinci Calon-calon yang menang di kerusi Jabatan Mekanikal

      1st Runner-Up  : Noorain Shafinaz Bte Subahir                       (Diploma in Mechatronic)
      Jumlah Undi     : 353 undian

      2nd Runner-Up : Haizatul Norisha Bte Amiruddin              (Diploma in Mechanical Engineering)
      Jumlah Undi     : 289 undian

      3rd Runner-Up : Muhammad Saiful Azmil Bin Abd Rahman  (Diploma in Mechatronic)
      Jumlah Undi     : 286 undian

      4th Runner-Up  : Nur Damia Aribah Bte Mohammad Soriani (Diploma in Mechanical Engineering)
      Jumlah Undi     : 272 undian

0 comments:

Post a Comment